Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Pasukan Simpanan Persekutuan Akan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) akan ditransformasi bagi memenuhi aspirasi rakyat...

Semua Ada Lagu Sendiri,...

SEORANG demi seorang anggota kumpulan Forteen muncul dengan lagu single solo mereka. Kini...

Pelan Kontingensi Air Di...

NIBONG TEBAL : Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka mula melaksanakan Pelan...

Ringgit Tak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS dalam sesi dagangan awal...

Tiada Halang Baharui Tempoh Pajakan Kg. Baru Cina

KUANTAN – Kerajaan Negeri tiada halangan untuk penduduk kampung baharu Cina di negeri ini untuk melanjutkan tempoh pajakan kampung itu daripada 66 tahun kepada 99 tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penduduk yang ingin berbuat demikian hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui Borang 31 KTP 1992 (Pindaan 2018) dan dikenakan bayaran sebanyak RM100 mengikut Kaedah 57 (17A) KTP 1992 (Pindaan 2018).

“Bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan pula kerajaan menggunapakai Seksyen 90 KTN dan Kaedah 7A KTP yang berkuatkuasa 1 Mac lepas iaitu membantu mempercepatkan proses permohonan.

“Menerusi seksyen itu pemohon tidak perlu menyerahkan balik tanah mereka di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Borang 12A dan memohon semula di bawah Seksyen 76 KTN melalui Borang 1 bagi maksud melanjutkan tempoh pajakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Woo Chee Wan (PKR-Mentakab) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini yang ingin bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri membenarkan tempoh pajakan penduduk kampung baharu Cina dari 66 tahun kepada 99 tahun.

Menjelas lanjut Wan Rosdy berkata pemohon hanya perlu menjelaskan bayaran Notis 5A dan memadai dengan endorsan di dalam hak milik pemohon.

“Masa yang diambil bagi setiap permohonan dianggarkan antara tiga hingga enam bulan,” katanya.

Sementara itu menjawab pertanyaan Mohd Sofian Abdul Jalil (PAS-Luit) mengenai status kerja-kerja pembinaan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Maran yang terbakar dalam kejadian pada Februari tahun lepas, Wan Rosdy berkata ia kini ditangguhkan.


“Peruntukan bagi kerja pembinaan asrama itu berjumlah RM2.25 juta sudah diluluskan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Oktober 2017.

“Bagaimanapun, melalui surat oleh pihak ECERDC pada 17 Mei lepas memaklumkan bahawa semua projek membabitkan Kerajaan Pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang belum menerima surat setuju terima (SST) ditangguhkan (pelaksanaannya) sehingga tender dibuka atau ditawarkan semula kepada kontraktor.

“Maknanya, projek ini akan dilaksanakan kemudian (selepas proses tender dibuka) dan bukannya dibatalkan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sedang mendapatkan maklum balas daripada Menteri berkaitan hal ehwal agama Islam untuk mempertimbangkan penyaluran semula peruntukan itu bagi memastikan keselesaan pelajar SMA Maran,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori