Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Cadang Diskaun Tol Jambatan...

GEORGE TOWN - Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar diskaun sebanyak...

Pameran Firaun Ramses II,...

KUCHING - Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan...

Tindakan Akan Diambil Terhadap...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Syarikat Malaysia Enggan Melabur...

KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun...

Tiada Guna Cari Salah BN – Bekas Calon Orang Asli PH

KRITIK… Pakatan Harapan (PH) diminta tidak hanya cari kesalahan Barisan Nasional (BN) semata-mata sehingga terlupa tugas sebenar berkhidmat kepada rakyat dan jaga kebajikan mereka.

Ahli Majlis Pimpinan PH Kelantan yang wakili masyarakat Orang Asli, Nasir Dollah berkata, kekalahan teruk calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands minggu lalu seolah-olah amaran rakyat kepada kerajaan.

Katanya yang juga aktivis DAP dan berasal dari Gua Musang, Kelantan itu, perasaan tidak puas hati rakyat turut ditambah dengan kegagalan rejim PH dalam tunaikan janji manis manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Sepanjang saya turun berkempen bagi pihak calon PH di PRK Parlimen itu, pelbagai isu dibangkitkan pengundi tempatan di kawasan berkenaan terutamanya kos sara hidup tinggi dan harga komoditi yang jatuh dengan teruk.

“Kekalahan itu adalah amaran rakyat kepada pentadbiran kerajaan sekarang yang masih lembab dan tidak tegas,” kata Nasir ketika ditemui pemberita, di Gua Musang hari ini.

Dalam PRK Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, calon BN, Ramli Mohd. Nor menang besar dengan berjaya peroleh 12,038 undi, menewaskan calon ‘kitar semula’ PH dari DAP, M. Manogaran yang hanya raih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang turut bertanding, Sallehudin Ab. Talib mendapat 314 undi dan Wong Seng Yee, 276 undi. PRK itu turut menyaksikan jumlah majoriti BN naik lebih tinggi manakala undi Manogaran pula didapati jatuh teruk.


Nasir yang juga bekas calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada PRU ke-14 lalu berkata, pengundi Orang Asli di Cameron Highlands yang sebelum ini ada penyokong PH didapati turut mengundi calon BN.

Katanya, walaupun bilangan pengundi Orang Asli yang menyokong PH menunjukkan peningkatan secara statistik, rata-rata mereka sebenarnya masih pertikaikan kegagalan kerajaan PH dalam menunaikan janji PRU lepas.

“Saya berharap kerajaan PH lebih peka dengan situasi ini dan jangan beralasan serta asyik mencari kesalahan parti lain. Saya sangat kecewa dengan kenyataan kerajaan hari ini yang hanya tahu menuding jari kepada orang lain.

“PH sudah jadi kerajaan sejak sembilan bulan lepas dan mereka perlu tunaikan janji dengan laksanakan tugas lebih baik seperti yang dikehendaki majoriti rakyat,” kata Nasir dalam nada cukup kesal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori