Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DAP Kata UMNO Parti...

KUALA LUMPUR - DAP kelihatan cukup kalut dan marah dengan pendedahan parti itu...

Tawaran Kerja Bertambah Lepas...

RAMBUT panjang mengurai merupakan mahkota idaman bagi setiap wanita di luar sana. Begitu juga...

Padah Cuba Sogok Anggota...

KUANTAN - Cubaan seorang lelaki warga Myanmar memberi sogokan RM200 kepada anggota polis...

Ancaman Asimetrik Perlu Diutama...

KUALA LUMPUR — Isu keselamatan seperti keganasan, serangan siber dan bencana alam adalah...

Tiada Garis Masa Untuk Mansuh Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menetapkan sebarang garis masa untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pemansuhan akta itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan kelulusan Parlimen.

“Kita tidak dapat menentukan dengan tepat garis masa tertentu kerana bimbang tidak dapat mematuhi garis masa yang telah ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk “Tun Ismail Ali – Paragon of Trust and Integrity” di Sasana Kijang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila akta berkenaan akan dimansuhkan ekoran kritikan daripada beberapa pihak yang mendakwa akta itu telah beberapa kali digunakan oleh kerajaan baharu termasuk dalam kes terbaru melibatkan Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan di bawah akta itu.

Pemansuhan akta kontroversi itu adalah satu daripada manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata akta itu tidak akan dimansuhkan buat masa ini dan akan terus digunakan.

“Saya tidak ambil kisah pun tentang perkara ini. Jika ada sesiapa hendak menggelar saya dengan apa nama sekalipun, silakan,” katanya.

Katanya terdapat beberapa undang-undang yang akan dimansuhkan manakala beberapa yang lain akan dipinda.

“Jadi, ia akan mengambil masa kerana Peguam Negara akan meneliti kesemua undang-undang baharu itu.


“Dan sebahagian daripada undang-undang tersebut akan melibatkan Perlembagaan, dan jika ia melibatkan Perlembagaan, kita memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga itu,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau akan memutuskan perkara apa yang akan dibincangkannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya pada hari berlangsungnya perbincangan itu nanti, sekiranya beliau bersetuju untuk menerima jemputan menghadiri satu forum bersama pemimpin PAS itu, suatu hari nanti.

“Saya akan membuat keputusan apabila saya berada dalam majlis itu nanti, setakat ini saya belum membuat apa-apa keputusan lagi,” kata beliau.

Perdana Menteri semalam menolak jemputan Abdul Hadi untuk menghadiri satu forum bersama Presiden PAS itu ketika lawatan Perdana Menteri itu ke Port Dickson malam ini untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan akan hadir forum seumpama itu pada masa lain.

Mengenai cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang agar kerajaan membuka semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di negara ini, Mahathir berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu apakah kes-kes itu. – BERNAMA

Kategori