Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Padah Sodok Botol Pewangi...

MELAKA - Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak...

Kebocoran 46.2 Juta Data...

KUALA LUMPUR - Kejadian kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

2 Pelajar SK Tohoi...

GUA MUSANG - Esok, genap setahun kejadian kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK)...

Lelaki Ancam Masjid Kena...

WASHINGTON - Seorang lelaki di Carolina Utara dikenakan perintah tahanan dalam rumah selama...

Tiada Di Mahkamah, Nicky Dan Isteri Tetap Didakwa

PETALING JAYA – Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan seorang wanita dipercayai isterinya didakwa tanpa hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan wanita terbabit yang juga warga China, Niu Zhe.

Terdahulu, 14 suspek kes Geng Nicky masing-masing sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun didakwa di hadapan Hakim Jamaluddin Mat.

Antara yang dituduh dua adik Nicky iaitu Liow Wei Kin dan Liow Wei Loon termasuk empat warga China.

Nicky dan 14 yang lain didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ pada 1 Januari 2017 dan 20 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan di Pusat Bandar Puchong.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.


Seorang lagi, Lim King Ming, 55, didakwa membantu kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ pada 1 Januari 2017 dan 29 Mac lalu di kawasan Setiawalk, Persiaran Wawasan di Pusat Bandar Puchong.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130W Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Mahkamah kemudiannya mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum berhenti selama 15 minit.

Kini, prosiding diteruskan semula dengan pihak pembelaan meneruskan hujah sebelum hujahan balas oleh pasukan pendakwaan. – myMetro Online

Kategori