Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Erat Hubungan Perlis-Sabah, Titah...

KOTA KINABALU - Hubungan baik yang terjalin sekian lama antara Sabah dan Perlis...

Sultan Johor Titah MB...

PASIR GUDANG - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya...

Nahas DUKE: “Tangkap Orang...

SAYU mendengar permintaan anak sulung mangsa kemalangan di Lebuhraya Duke, meminta agar pihak...

KPDNHEP Tolak Dakwaan Kempen...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menolak...

Tiada Cuti Sekolah Berperingkat, Kata Mohamaddin

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat mengikut negeri hanya pandangan peribadi timbalannya dan ia tidak akan dilaksanakan.

Mohamaddin berkata cadangan yang disuarakan oleh timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik itu juga tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.

“Jika anda tanya saya (berkenaan cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri) jawapannya adalah tidak (setuju),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Swedish Fashion and Design Stories Exhibition’ di Balai Seni Negara, di sini, hari ini.

Pada Selasa, Muhammad Bakhtiar mencadangkan cuti sekolah diadakan secara berperingkat mengikut negeri bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan namun kebanyakan pihak tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamaddin berkata dasar pelancongan China yang diperkenalkan beberapa tahun lepas iaitu menggalakkan warganya melawat destinasi pelancongan domestik adalah antara faktor menyebabkan penurunan kedatangan pelancong dari negara itu ke Malaysia semasa berlangsungnya cuti umum ‘Golden Week’ minggu lepas di China.

“Cuti ‘Golden Week’ itu hanya untuk tempoh seminggu (1 Oktober hingga 7 Oktober) apabila warga China digalak bercuti dalam negara daripada ke luar negara.

“Ia bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia menyaksikan penurunan sedikit jumlah pelancong China tetapi ia hanya untuk tempoh seminggu,” katanya.


Semalam dilaporkan, memetik pengusaha industri pelancongan, ketibaan pelancong dari tanah besar China ke Malaysia mencatatkan penurunan antara 30 ke 35 peratus minggu lepas sempena cuti umum Golden Week berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kira-kira 180,000 pelancong China melawat Malaysia sempena cuti panjang seminggu meraikan Hari Kebangsaan China pada 2017.

Sementara itu, pameran fesyen dan reka bentuk Sweden itu dianjurkan Kedutaan Sweden di Malaysia dan Balai Seni Negara, berlangsung semalam hingga 11 November.

Pameran di Balai Seni Negara itu mengetengahkan 58 unit gambar cetakan dan paparan produk oleh penaja termasuk IKEA, Daniel Wellington dan Assa Abloy. – BERNAMA

Kategori