Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Inilah Akibat Kalau Mencangkung...

BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas...

Vaksin China Bagi COVID-19...

KUALA LUMPUR - Vaksin bagi COVID-19 dijangka akan dapat disiapkan pada hujung tahun...

Betul Ke Cerita Uqasha?...

INGAT tak lagi tentang isu Uqasha Senrose dan wanita bertudung labuh dekat sebuah...

Badan Pemandu Kontena Putus...

SHAH ALAM - Seorang pemandu kontena maut dengan badannya terputus dua apabila lorinya...

Thomas Fann Dilantik Pengerusi Bersih 2.0

PENGERUSI Engage dan aktivis Tindakan Masyarakat Mengenai Kehilangan Secara Paksaan (CAGED), Thomas Fann dilantik mengetuai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Thomas yang menggantikan Maria Chin Abdullah dan Datuk S. Ambiga berkata, beliau dan jawatankuasa Bersih 2.0 memberi jaminan akan terus bertindak sebagai pengawas yang terbaik dalam menyuarakan hak rakyat di negara ini.

Katanya, beliau tidak akan sesekali takut untuk menyuarakan sebarang perkara atau bersifat memihak bagi memastikan kesemua institusi negara bebas dan diberi kuasa demokratik.

“Perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersih kekal relevan jadi matlamat kami adalah untuk melaksanakan amalan terbaik antarabangsa dalam prosedur demokrasi.

“Memandangkan kerajaan baru telah menjanjikan pembaharuan yang luas, Bersih 2.0 akan terus memantau proses itu dengan melibatkan semua badan dan pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam perkembangan sama, Thomas berkata, politik dan demokrasi yang bersifat matang sebenarnya membenarkan pihak pembangkang untuk turut sama bersaing dan memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan hari ini.

“Kami menyedari hakikat bahawa untuk demokrasi menjadi bersemangat dan matang, mesti ada padang yang rata untuk semua ahli politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori