Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza...

Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah...

Wanita Kerugian 127,000 Ditipu...

KUANTAN - Gara-gara terlalu percaya akan rakan lelakinya, seorang wanita berusia 30 tahun...

Waris Buka Kedai Vape...

DIAM tak diam, hari ini genap dua bulan sudah rapper popular, Waris bergelar suami...

Covid-19: China Tutup Laluan...

KATHMANDU - Pihak berkuasa China membatalkan permit dan menutup semua laluan pendakian Gunung...

The Big Bang Theory Siar Episod Terakhir 2019

SIRI sitkom popular Amerika Syarikat, The Big Bang Theory akan berakhir selepas 12 musim pada 2019, mencatat rekod sebagai salah satu sitkom paling lama bertahan dalam sejarah negara itu.

Musim terakhir akan bermula pada 24 September dan dijangka berakhir pada bulan Mei.

Berlatarkan Pasadena di California, siri ini pada awalnya menumpukan pada dua orang ahli fizik dan jiran wanita mereka yang bercita-cita menjadi pelakon.

The Big Bang Theory telah menarik lebih daripada 18 juta penonton setiap tahun sejak musim keenamnya ditayangkan pada 2012.

Rancangan ini juga popular di seluruh dunia dan mempunyai pengikut tersendiri terutama dalam kalangan saintis dan peminat sains.

Dilaporkan siri ini ditonton secara purata oleh 18.6 juta orang setiap episod pada musim ke-11, lebih daripada mana-mana rancangan di televisyen AS.

Dalam satu kenyataan, pasukan produksi dan rangkaian CBS berkata mereka “amat terhutang budi” dengan para peminat.


“Kami, bersama barisan para pelakon, penulis dan kru, amat menghargai kejayaan program ini dan berhasrat membawakan musim terakhir dan episod terakhir yang akan membawa The Big Bang Theory kepada satu penamat yang epik dan kreatif.”

Siri sitkom ini telah memenangi tujuk anugerah Emmy daripada 46 pencalonan, termasuk empat pelakon lelaki utama terbaik bagi Jim Parsons, yang melakonkan watak Sheldon Cooper.

Sheldon merupakan watak paling berjaya dalam siri ini, hingga penerbit memutuskan untuk menghasilkan satu siri spinoff Yound Sheldon.

Siri ini juga mencatat sejarah tersendiri dalam budaya popular dan bidang sains di AS, apabila menampilkan beberapa orang saintis terkenal termasuk mendiang Stephen Hawking. – Agensi

Kategori