Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3,384 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara merekodkan 3,384 kes baharu menjadikan jumlah...

Kaum India Semakin Susut...

SHAH ALAM - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mendesak Menteri...

Forum: TG Abdul Hadi...

PORT DICKSON - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima...

Warga Nepal Dipercayai Mabuk...

GOPENG : Lelaki warga Nepal yang dilaporkan hilang ketika berenang di lombong belakang...

Thanapakkiom, 103 Tahun, Bersyukur Dapat Semula Kerakyatan Malaysia

PUTRAJAYA – Thanapakkiom Sannasy, yang mencecah usia 103 tahun, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan sentiasa tersenyum lebar selepas mendapat semula kad pengenalan Malaysia setelah berusaha beberapa kali sejak 2013.

Thanapakkiom, yang diiringi anak perempuannya V.Thannakodi, adalah antara penerima paling tua dalam kalangan 200 individu yang menerima sijil status kewarganegaraan mereka daripada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Thannakodi, 57, berkata ibunya yang dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Malim, Perak, pada mulanya memiliki kad pengenalan biru sehinggalah mereka menyedari bahawa nama datuknya tersalah ejaan.

Penjawat awam itu berkata ibunya memohon semula untuk mendapatkan kad pengenalan baharu, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi ibunya kad pengenalan merah.

“Perkara ini berlaku kira-kira 30 hingga 40 tahun lepas. Pada masa itu, ibu saya tidak ambil peduli untuk untuk memohon semula dan menukar kad pengenalan itu. Baru-baru dia dipilih oleh Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan percuma untuk memasukkan alat perentak jantung terkini (terus ke dalam jantung ibunya). Jantung ibu saya tersumbat sepenuhnya.

“Pembedahan itu percuma tetapi rawatan susulan memerlukan wang. Ia amatlah mahal dan IJN menasihati kami supaya memohon semula kad pengenalan biru agar kami mampu menanggung kos bayaran susulan,” katanya.


Thannakodi berkata ibunya, yang tinggal bersama-samanya di Brickfields, berasa gembira dan bersyukur apabila mereka mendapat panggilan daripada JPN berkaitan permohonan kad pengenalan itu.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Muniamah Rajalingam, 86, yang berasal dari India dan berkahwin dengan rakyat Malaysia, dibawa ke negara ini ketika masih bayi semasa Pendudukan Jepun dan cuba mendapatkan kad pengenalan sejak 20 tahun lepas.

“Saya buat macam-macam kerja seperti menjual colok di estet di Kajang. Saya tak dapat bantuan Jabatan Kebajikan sebab saya tak ada IC biru. Sekarang, semuanya sudah selesai dan saya amat berterima kasih kepada kerajaan baharu,” kata ibu empat anak lelaki itu. – BERNAMA

Kategori