Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Rentak Kempen Di Balakong...

BALAKONG – Rentak kempen di kalangan calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya...

Pelaburan Melaka Lebih RM20...

MELAKA - Melaka mencapai nilai pelaburan lebih RM20 bilion menerusi pelbagai projek yang...

Harga Petrol RON97 Naik...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.73 seliter berbanding...

Bihah Berubah Jadi Pendiam...

PORT DICKSON - "Dia seorang kanak-kanak baik dan periang, namun berubah jadi pendiam...

Thailand Akan Dapat Perdana Menteri Muda?

PILIHAN RAYA Thailand 24 Mac nanti menyaksikan calon pemimpin muda, Thanathorn Juangroongruankit dari Future Forward Party (FFP) menawarkan diri untuk merebut jawatan nombor satu itu.

Thanathorn sememangnya terkenal dalam kalangan golongan muda dan diyakini akan berjaya menarik minat golongan itu untuk menyokongnya selepas negara gajah putih itu dipimpin junta tentera sejak rampasan kuasa pada 24 Mac 2014.

Meskipun berusia 40 tahun, namun Thanathorn yang juga seorang jutawan meraih momentum sokongan kukuh golongan muda Thailand selepas pihak polis negara itu mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan palsu di laman Facebooknya yang mengkritik kepimpinan junta.

Tindakan polis itu mencetuskan gerakan kempen #SaveThanathorn bagi mendesak pihak berkuasa tidak salah guna kuasa dalam kes tersebut.

Bagaimanapun Majlis Perintah dan Keamanan Kebangsaan (NCPO) berkata melalui Akta Jenayah Komputer Thailand, tindakan Thanathorn adalah salah di sisi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun.

Pendakwaan dijangka dilakukan 26 Mac, dua hari selepas tarikh mengundi, namun beliau yakin tidak akan didapati bersalah.


Serentak itu, hashtag #SaveThanathorn mula tular untuk mendesak Thanathorn tidak didakwa.

Selain itu sesetengah golongan pelobi politik turut memulakan petisyen mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk membatalkan pencalonannya.

Jurucakap FPP, Phannika Wanit bagaimana pun berkata parti itu tidak bimbang dengan ugutan pihak berkepentingan lain termasuk NCPO. – Agensi

Kategori