Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagenda Bola Sepak Selangor...

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia...

SPR Bermesyuarat Esok Bagi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan...

PAS Sokong Calon BN...

SHAH ALAM - PAS menyokong calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan...

SPRM Cadang Tuduh Najib...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyediakan kertas siasatan dan...

TH Plantations Jual Aset Untuk Kukuhkan Kewangan

SHAH ALAM – Tindakan TH Plantations Bhd. (THP) menjual beberapa ladang miliknya adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi aset bagi membolehkannya muncul semula sebagai syarikat perladangan bersaiz sederhana yang berdaya maju.

Menurut laporan Berita Harian, proses rasionalisasi syarikat 73.84 peratus milik Lembaga Tabung Haji (TH) itu secara umumnya membabitkan penjualan beberapa ladang yang didapati tidak mempamerkan prestasi mengikut jangkaan serta penyusunan semula syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif THP, Muzmi Mohamed berkata, pihaknya bagaimanapun tidak membuta tuli menjual aset syarikat, sebaliknya ia dilaksanakan secara terancang dan teliti dengan matlamat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan.

Beliau berkata, kebanyakan aset yang dikenal pasti untuk dijual tidak menghasilkan prestasi yang dijangkakan, malah aset berkenaan menambah beban kewangan kepada THP secara keseluruhannya.

“Kita boleh memilih untuk tidak membuat sesuatu dan terus memegang kepada aset itu tetapi akibatnya amat parah kepada THP dan seterusnya kepada pendeposit TH yang secara tidak langsung memiliki syarikat ini.

“Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah sesuatu strategi harus dilaksanakan untuk memantapkan kedudukan syarikat,” katanya kepada Berita Harian dalam satu pertemuan awal minggu ini.

Ketika ini, THP berada dalam keadaan financial distress atau parah dari segi kewangan, malah jumlah pinjamannya serta hutangnya kepada pedagang melebihi keupayaan syarikat itu untuk membayar semula.

Muzmi berkata, apabila sesebuah syarikat dalam situasi sebegini, maka ia perlu mencari punca masalah itu serta penyelesaian yang berkekalan.

“Punca masalah THP jelas adalah pinjaman yang tinggi tanpa keupayaan memadai untuk membayarnya.

“Pengurusan sebelum ini juga cuba menyelesaikan dengan menjual aset tanpa perancangan jangka panjang. Mereka dapat selesaikan masalah untuk seketika tetapi tidak lama kelak ia terus berdepan masalah sama,” katanya.

Laporan Berita Harian itu menyebut, Muzmi memberitahu apa yang dilakukan pihaknya sekarang ialah mengurangkan nilai pinjaman kepada paras yang munasabah dan pada masa sama, menambah baik operasi syarikat.


Ketika disenarai awam pada 2006, THP dianggap sebagai syarikat ladang bersaiz kecil yang digemari pelabur.

Dalam tempoh 2006-2009, ia kekal berdaya maju, namun selepas itu terutama pada tahun 2012 hingga 2014, THP membeli ladang tambahan secara agresif sehingga jumlah ladangnya meningkat kepada lebih 100,000 hektar daripada 15,000 hektar pada 2006.

“Tanah yang besar memberi manfaat sekiranya pembelian itu didahului dengan penilaian yang wajar dan tepat.

“Apa yang pengurusan baharu dapati sekarang ialah unjuran hasil dibuat oleh pengurusan lama bukan saja tidak tepat, malah tidak menepati fakta sebenar di ladang.

“Kini syarikat pula yang menanggung beban salah penilaian dan unjuran di atas pembelian sebelum 2018 ini,” katanya.

Menurut Berita Harian lagi, Muzmi memberitahu, langkah rasionalisasi aset itu perlu dilakukan secepat mungkin untuk memulihkan kedudukan kewangan dan mengelak daripada diisytiharkan bankrap susulan kegagalan membayar hutang.

Muzmi berkata, THP menanggung hutang tinggi berjumlah RM1.24 bilion pada tahun kewangan 2018 dan meningkat kepada RM1.29 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2019 sedangkan kedudukan tunainya hanya berada pada paras RM50.6 juta pada tahun kewangan 2018 dan berjumlah RM43.8 juta pada suku ketiga 2019.

“Selain langkah rasionalisasi aset, THP juga membuat program transformasi bagi memantapkan lagi kecekapan operasinya dengan meningkatkan hasil buah tandan segar (FFB) dan kadar perahan minyak sawit dengan pengurusan ladang yang lebih cekap.

“Dengan kedudukan kewangan mantap akan membolehkan kami melaksanakan penanaman semula bagi menjamin hasil sawit yang mantap pada masa depan selain mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan THP,” katanya dipetik sebagai berkata. – Sinar Harian

Kategori