Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kibar Jalur Gemilang Setiap...

KENINGAU - Rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa sebagai menterjemah kesetiaan dan...

MARDI Membangun Pesat Selama...

KOTA KINABALU - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membawa pelbagai...

KWSP Rugi Lebih RM6...

HANCUR... Pelaburan yang dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi 10 buah syarikat...

COVID-19 Surut Tapi Belum...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam...

TH Agih Hibah 1.25%, Paling Rendah Dalam Sejarah

MENTERI jaga agama telah mengumumkan hibah Tabung Haji bagi tahun 2018 semasa memberi ceramah politik.

1. Hibah 2018 adalah 1.25%. Tiada hibah haji diberi kepada mereka yang belum menunaikan haji.

Ini berbeza dengan jangkaan saya untuk hibah serta bonus paling tinggi pada kadar 2.08% kerana PH tak mahu bayar hibah haji.

2. Jumlah yang diagihkan untuk membayar hibah adalah RM900 juta – seperti yang saya jangka semalam berdasarkan apa yang Menteri bongkar tanpa tidak sengaja pada hari Isnin.

3. Kerajaan perlu memberi jaminan nilai sebanyak RM17.3 bilion kepada SPV – seperti yang saya telah jangka sebelum ini kerana juruaudit tidak akan membenarkan penilaian SPV ini tanpa jaminan kerajaan.

4. Menteri sebut lagi bahawa defisit terkumpul RM4.1 bilion telah diselewengkan pada tempoh 4 tahun yang lalu dan mengakibatkan defisit ini walaupun dakwaan sebenar ialah BN telah terlalu kejam untuk terlebih bayar dividen untuk 4 tahun sebelum ini.

Wang RM4.1 bilion ini bukan dicuri, dirompak atau rugi.

Yang aneh ialah tidak ada seorang juruaudit untuk tempoh 4 tahun ini didakwa atau dipersalahkan bahawa mereka telah tersalah membuat audit.

5. Tabung Haji dianggarkan telah mengalami kerugian sekurang-kurangnya sebanyak RM10 bilion untuk tahun 2018.

Tetapi BN tetap dipersalahkan walaupun ini ialah akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi yang merosot setelah PRU14 di bawah PH.

Nilai aset Khazanah pun jatuh RM25 bilion tahun lepas manakala nilai semua saham di Bursa Malaysia rugi RM270 bilion pada tahun 2018.

Sudah tentu TH juga turut terkesan.


6. Tidak sekalipun Menteri jaga agama mengaku bahawa nilai saham yang dipegang TH telah merosot selepas PRU14. Yang disebut berulang-kali oleh Menteri itu ialah :semua salah BN”.

7. Kadar hibah serta bonus TH paling rendah sebelum ini adalah pada tahun 2001 (3.25%), 2002 (3.5%) dan 2003 (4.0%) di bawah PM ke-4.

Untuk 9 tahun di bawah kerajaan BN, purata kadar hibah tahunan adalah sebanyak 6.75%.

Kadar 1.25% untuk tahun 2018 di bawah PM ke-7 adalah paling rendah dalam sejarah TH.

Ini ialah keadaan yang sama seperti dividen-dividen tahun 2018 untuk ASB, ASN dan sebagainya yang juga paling rendah dalam sejarah.

8. Saya unjur bahawa Hibah TH untuk tahun-tahun yang akan datang tidak akan tinggi lagi kerana:

– Keadaan TH hari ini yang memerlukan jaminan kerajaan untuk menampung kerugian sebanyak RM10 bilion untuk tahun 2018;

– SPV yang telah mengambil alih aset RM19.9 bilion dari TH dengan hanya membayar faedah sukuk sebanyak 2.5% setiap tahun; dan

– Halatuju TH untuk tidak lagi akan mementingkan pelaburan ekuiti tetapi akan melabur dalam bon dan simpanan tetap yang memberi faedah tetap yang rendah.

Kategori