Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Penamatan Yang ‘Lebih...

PETALING JAYA - Dalam perubahan yang dilakukan pada saat-saat akhir, lebih satu pertiga...

Militan Diarah Serang Singapura,...

JAKARTA - Kumpulan pengganas di Marawi, Filipina yang dipimpin pejuang Indonesia di Syria,...

Semua mangsa Banjir Di...

KUCHING - Enam puluh orang mangsa banjir daripada 13 keluarga yang ditempatkan di...

Mkini Gagal Cabar Akta...

MKINI Dotcom Sdn. Bhd. gagal mencabar Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang didakwa...

Tesis: UiTM Nafi Wujud Sebarang Unsur Plagiat

SHAH ALAM – Tidak wujud sebarang unsur plagiat seperti yang didakwa oleh sekumpulan bekas graduan University of Bath, United Kingdom susulan tesis mereka dikatakan dimuat naik dalam laman web perpustakaan digital Universiti Teknologi Mara (UiTM) tanpa kebenaran.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, hasil siasatan awal oleh pihak universiti itu mendapati isu berkenaan berpunca daripada perisian dan penakrifan berkaitan bahan bacaan yang dimuat naik ke perpustakaan digital berkenaan.

“Saya hendak tekankan di sini tidak wujud unsur plagiat dan hasil penuh siasatan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis 100 hari Pentadbiran Naib Canselor dan Konferensi Akademik 2016, di sini hari ini.

Pada 29 April lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan 15 graduan University of Bath mendakwa UiTM mencuri harta intelek selepas mendapati tesis mereka dimuat naik dalam laman web perpustakaan digital universiti itu, UiTM IR.

Daripada jumlah pelajar terbabit, empat daripada mereka merupakan bekas pelajar di bawah Program Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universty of Bath-Malaysia Institute of Management (MIM) 1994.


Dakwa mereka, tesis-tesis yang dihasilkan pada pertengahan 1990-an ketika mengikuti program sarjana pentadbiran niaga antara kampus UK dengan Institut Pengurusan Malaysia (MIM) tersebut, disiarkan dalam UiTM IR tanpa kebenaran.

Mereka juga mendakwa tesis-tesis yang dimuat naik di situ mengandungi logo UiTM dan tanda hak ciptanya tanpa kebenaran mereka.

Pada Isnin lepas, UiTM menutup sementara laman web perpustakaan digital berkenaan untuk memberi ruang bagi siasatan terperinci dilakukan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UiTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori