Terus Melonjak, 6,806 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini terus melonjak dengan 6,806 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 2,277 kes baharu.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 655 kes, Johor (615) dan Sarawak (608). 

“Putrajaya menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda dengan 35 kes baharu hari ini berbanding hanya sembilan kes semalam.

“Semua negeri mencatat pertambahan kes dan Perlis melaporkan kes terendah iaitu lapan kes,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. – BH Online