Terkini: 4 Terbunuh, 5 Cedera Semasa Letupan Madinah

KEJADIAN pengeboman berani mati berhampiran Masjid Nabawi, Madinah mengakibatkan empat pengawal keselamatan terbunuh manakala lima yang lain cedera.

Baca: 3 Letupan Di Arab Saudi, 1 Di Luar Masjid Nabawi

Perkara berkenaan turut disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasminya.

Menerusi kenyataan itu, pihak Arab Saudi memaklumkan kesemua mangsa terbunuh ketika cuba menghalang pengebom bunuh diri berkenaan daripada cuba menuju ke Masjid Nabawi.

Letupan dilaporkan berlaku ketika umat Islam di Madinah sedang berbuka puasa di dalam masjid, pada lewat petang Rabu.

Terkini: 4 Terbunuh, 5 Cedera Semasa Letupan Madinah

Ini adalah serangan letupan bom yang ketiga dalam tempoh kurang 24 jam di seluruh Arab Saudi.

Setakat ini, belum dapat dipastikan siapa dalang bertanggung jawab di sebalik tragedi ini. – MYNEWSHUB.CC