Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagi Gempa Bumi Lemah...

KUALA LUMPUR - Satu lagi gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada Skala Richter...

Tak Lupa Nasib Si...

PALU - Sekumpulan pencinta kucing di Solo mengumpulkan wang untuk haiwan berkenaan yang...

NGO Tahfiz Sambut Baik...

SEBUAH badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta)...

Selamat Tinggal Akhbar Tertua...

KUALA LUMPUR – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih...

Terkejut Temui Ratusan Telefon Pintar Terapung

ANEH… Penduduk di sebuah perkampungan di daerah Paritiga, Bangka Barat, Indonesia dikejutkan dengan penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau.

Insiden pelik itu dilaporkan berlaku pada 17 Januari lalu apabila ratusan telefon pintar daripada pelbagai jenama terkenal dijumpai beberapa nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu.

Ia lantas membuatkan kawasan perikanan tradisional di sekitar jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk ‘mengaut’ seberapa unit gajet pintar yang boleh.

“Jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit daripada jenama Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.

“Malah ada yang sanggup menyewa bot selama beberapa hari bagi meninjau di kawasan pinggir pantai Teluk Limah,” kata Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir seperti yang dipetik Tibunnnews.


Difahamkan, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar berkenaan namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari Kepulauan Riau.

Sementara itu, kebanyakan telefon pintar berkenaan dijual semula secara dalam talian dengan tawaran harga yang cukup murah.

“Saya beli telefon Xiaomi pada setengah harga saja iaitu 600 ribu rupiah (RM188). Setelah semaknya, ia merupakan telefon Xiaomi yang tulen,” tulis seorang netizen tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori