Terjun Hadiahkan Emas Keempat Malaysia

41

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas Malaysia dengan menghadiahkan pingat emas keempat dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bermula dengan 47.40 mata di terjunan pertama, peningkatan ditampilkan pada dua terjunan berikutnya dengan 48.00 dan 61.20 untuk meneruskan aksi konsisten sehingga terjunan terakhir.

Gandingan penerjun negara itu mengumpul 276.30 mata keseluruhan, jauh meninggalkan pasangan tuan rumah, Mai Hing Hanh-Ngo Phuong Mai yang mengutip 237.57 mata keseluruhan.

Penerjun Singapura, Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian pula berada di kedudukan ketiga menerusi jumlah mata 229.41 .

Difahamkan hanya pingat emas dan perak saja ditawarkan kepada pemenang, manakala tempat ketiga pula tidak diberikan gangsa sekali gus menyebabkan hanya Malaysia dan Vietnam menaiki podium.

Untuk rekod, ini merupakan pingat emas keenam peribadi Yan Yee sepanjang penampilan dalam Sukan SEA dan emas kedua Malaysia hari ini selepas Ooi Tze Liang terdahulu menjuarai saingan 1m papan anjal lelaki.

UtusanOnline-