Terjun Bangunan Elak Jadi Mangsa Rogol 2 Kawan Lelaki

SEORANG wanita mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan untuk mengelakkan dirinya menjadi mangsa rogol.

Menerusi kejadian di Jaipur, India, mangsa yang berusia 32 tahun itu terjun dari kediamannya pada Sabtu lalu, menyebabkan berlakunya keretakan tulang kaki.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul tujuh pagi setelah beberapa penduduk melihat wanita itu terjun dari kediamannya.

“Selepas kami tiba, penduduk memaklumkan mereka ternampak wanita itu bersama dua lelaki pada malam kejadian.

“Kemudian orang ramai dengar dia menjerit sebelum lihat dia sudah terjatuh di lokasi kejadian,” ujar seorang pegawai polis.

Siasatan mendapati, mangsa mempunyai hubungan dengan salah seorang suspek.

Namun, dia bertindak terjun dari bangunan apabila suspek kedua cuba untuk memperkosanya.

“Mangsa memang ada hubungan dengan lelaki pertama. Tetapi lelaki itu turut bersubahat apabila temannya mahu memperkosa mangsa.

“Mangsa tengok tingkap balkoni terbuka lantas dia terjun untuk menyelamatkan diri,” ujar anggota itu lagi.

Menurut pihak berkuasa, dua suspek sudah pun dikenal pasti.

Sementara itu, mangsa kini ditahan di Hopsital Jaipuria kerana kecederaan dalaman.

“Mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan di kepala. Dia kini dalam pemantauan,” ujar pihak hospital.-Times of India/mStar Online

Loading...