Teresa Kok Dedahkan Kebaikan Kerajaan BN

PETIKAN FB Datuk Seri Najib Tun Razak 

Menteri Industri Utama, Teresa Kok juga tanya mengapa tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) milik penuh kerajaan telah dijual tanpa tender dengan harga RM1.5 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) Aset Tanah Nasional Berhad yang dimilik penuh kerajaan juga.

Saya pun nak tanya mengapa aset bernilai RM19.9 bilion Tabung Haji telah dijual kepada syarikat SPV tanpa tender.

Yang paling pelik ialah apabila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

Tetapi apabila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit.

Nampaknya Teresa Kok juga tidak puas hati bahawa tanah LGM itu dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi).

Dua tahun selepas membeli tanah ini, KWSP mengumumkan bahawa pakej pertama sahaja untuk tanah ini akan menjana hasil penjualan RM11 bilion iaitu harga RM187 untuk setiap kaki persegi.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/01/17/boon-for-developers-epfs-move-to-develop-land-in-sungai-buloh-will-set-new-benchmark/

Ini ialah keuntungan 10 kali ganda ataupun 1,000%.

Teresa Kok tidak mahu membuat laporan polis untuk siasat KWSP mengapa keuntungan mereka terlampau besar?

KWSP bakal kena AMLA atau tidak? CBT atau tidak?

Ataupun DAP mahu batalkan penjualan tanah strategik ini kepada KWSP dan ingin jual kepada pihak lain?

Ini hanya pakej pertama sahaja di mana harga tanah sudah RM187 satu kaki persegi berbanding hargi beli RM18.70. Sudah tentu nilai tanah ini akan naik lagi bila pakej-pakej yang lain diusahakan pada masa hadapan.

KWSP untung besar kerana jumlah nilai pembangunan kasar untuk tanah ini ialah sekurang-kurangnya RM50 bilion berbanding harga pembelian asal RM2.28 bilion.

Patutlah, aset KWSP naik dari RM344 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM814 bilion pada akhir tahun 2017.

Jika kerajaan BN dahulu tamak duit, tanah ini tidak akan dijualkan secara terus kepada KWSP untuk mereka menjana keuntungan yang besar.

Sudah tentu kita boleh jual tanah ini secara tender terbuka dan syarikat swasta boleh membeli dengan harga lebih tinggi dari kerajaan.

Ataupun kita boleh jual secara terus kepada syarikat swasta kroni.

KWSP sudah tentu akan terlepas.

Tetapi kita tidak membuat begitu tetapi mahu KWSP untung.

Rupanya, kerajaan BN di bawah saya terlalu melampau untuk menjaga kroni-kroni kita iaitu pencarum KWSP dan rakyat.

Saya ingat Teresa Kok mahu membongkarkan keburukan kerajaan BN.

Tetapi dia bongkarkan kebaikan kerajaan BN dahulu pula.

Loading...