Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Waktu Operasi Pusat Hiburan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah akan menilai dan mengkaji semula waktu operasi selain...

Kanak-Kanak Maut Ketika Cuba...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan...

Lebih 3 Juta Pengguna...

SHAH ALAM - Lebih tiga juta pengguna di tujuh daerah di Selangor akan...

Qody Bertuah Dapat Marsha

KUALA LUMPUR - Pengalaman menghasilkan lagu tema filem Tujuh berjudul Ku Bersumpah bersama...

Teresa Kok Dihantui Isu Cadang Tanaman Buluh

KUALA LUMPUR – Isu menggantikan tanaman komoditi dengan buluh terus dipersoalkan terhadap Menteri Industri Utama, Teresa Kok dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mahu tahu apakah alasan menteri mencadangkan tanaman buluh sebagai gantian.

Jelasnya, hal itu mahu diketahui oleh penduduk Baling, Kedah yang ramai terdiri dalam kalangan golongan penoreh getah yang dikatakan masih hidup di bawah paras kemiskinan.

“Memandangkan Baling kawasan getah terbesar dalam negara dan kawasan yang paling miskin yang mana Menteri Pembangunan Luar Bandar boleh sahkan. Boleh saya tanya satu soalan mengenai getah? Minta tolong soalan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memohon soalan tambahan ketiga diajukan kepada Teresa mengenai sektor getah dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Namun Teresa tidak memberikan laluan sekali gus membuatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof tidak membenarkan soalan tambahan ketiga.


“Menteri tidak beri (soalan). Okay, orang di Baling tanya mengapa menteri suruh tanam pokok buluh?” balas Abdul Azeez yang kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk bertanyakan soalan.

Kenyataan Teresa sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila turut mencadangkan tanaman buluh sebagai satu daripada alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan cadangan itu alternatif bukannya sebagai pengganti utama tanaman sawit. – UTUSAN ONLINE

Kategori