Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Ketandusan Calon...

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan ketandusan pemimpin berwibawa untuk diangkat menjadi calon perdana menteri...

ECER Janjikan Manfaat Usahawan...

SEGAMAT – Pengisytiharan Segamat sebagai kawasan pertumbuhan baharu koridor pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai...

Viral Foto Bogel Tersebar:...

SEBELUM ini pernah tercetus dakwaan mengatakan terdapat sebuah video terlarang yang mengaitkan diri...

Taktik Sembunyi Heroin Dalam...

LANGKAWI - Cubaan dua orang suspek pengedar dadah menyembunyikan heroin di celah bungkusan...

Teresa Kok Cemburu Bantah Projek RUMAWIP – Ku Nan

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai ‘gila’ kerana membantah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) selain mengganggu majlis perkahwinan semalam.

Katanya, bantahan di Dewan Komuniti Seputeh itu sukar difahami kerana Kok sanggup membantah projek yang bertujuan membantu rakyat membeli rumah pada harga yang murah.

Katanya, bantahan itu berkemungkinan didorongi sikap cemburu terhadap kerajaan hingga tidak menghiraukan majlis perkahwinan yang diadakan dalam dewan berkenaan.

“Saya rasa dia mungkin ‘gila’ (kerana membantah). Kita ada program membangunkan rumah lama dan kawasan yang pada pandangan kita tidak diguna pakai untuk beri peluang pada rakyat beli rumah pada harga murah.

“Dia tak boleh tengok kita sediakan perkara seperti ini dalam kawasan mereka, barangkali dia fikir mengenai demografi.

“Dia takut kita bawa orang Melayu lebih ramai ke Seputeh (kerana) dia otak jahat, tapi kita lakukan untuk semua bangsa tanpa mengira Melayu, Cina atau India,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Program ‘We Care, We Serve’ – Jom Bantu Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini, hari ini.


Semalam, bantahan diketuai Kok di luar Dewan Komuniti Seputeh bagi membantah projek RUMAWIP di Taman Danau Desa, di sini, bertukar kecoh apabila peserta bantahan mula bergaduh dengan tetamu majlis perkahwinan yang diadakan di dewan sama.

Tengku Adnan turut menasihatkan Kok supaya menghentikan kerenah seumpamanya supaya dilihat sebagai seorang Ahli Parlimen berbanding ahli politik semata-mata.

“Kenapa buat bising pada majlis orang kahwin. Jangan buat kerenah seperti ini,” katanya. – Berita Harian

Kategori