Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR NS Harap BN...

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO...

Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’...

SEPASANG kekasih dari Rusia didenda selepas melakukan hubungan seks di dalam sebuah pengangkutan...

“Saya Bukan Wira, Itu...

PUTRAJAYA - “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita (rakyat) boleh lakukan...

Tempat Berteduh Rasulullah Wujud...

POHON Sahabi menjadi 'saksi bisu' pertemuan antara Nabi Muhammad SAW semasa kecil dengan...

Terengganu Kesan Sindiket Tipu Wakaf Al-Quran

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri berjaya mengesan kewujudan sindiket yang berselindung di sebalik program ‘wakaf al-Quran’ untuk mengambil wang daripada orang ramai di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Tugas-Tugas negeri, Ghazali Taib berkata ketika ini, siasatan masih dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

“Sindiket ini juga menggunakan nama madrasah dan pusat tahfiz untuk memperdaya orang ramai supaya berwakaf al-Quran dalam bentuk wang tunai dengan mereka.

“Bagaimanapun, sindiket ini mula memperlahankan aktiviti mereka setelah menyedari siasatan dijalankan setelah pihak berkuasa agama menerima laporan daripada orang ramai mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian majlis khatam pintar al-Quran kanak-kanak tadika peringkat daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus semalam.

Ghazali berkata bahawa secara lumrahnya, sindiket tersebut gemar mencari ‘mangsa’ di tempat tumpuan awam seperti di sekitar pusat beli-belah dan institusi bank.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata kerajaan negeri tidak pernah larang mana-mana pihak untuk melakukan program wakaf al-Quran di negeri itu.


Bagaimanapun mereka perlu mendaftar dan mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

“Selepas enakmen wakaf diluluskan kerajaan negeri, mana-mana pihak yang mahu melakukan program ini perlu mendapat kebenaran MAIDAM dan mengikut segala peraturan yang sudah ditetapkan.

“Ia agar tidak timbul sebarang permasalahan di kemudian hari. Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati hanya wakaf al-Quran dengan pihak berdaftar dan mendapat kelulusan MAIDAM,” katanya. – BERNAMA/HAA

Kategori