Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara 2 Tahun...

MENYERAMKAN. Seorang wanita mengalami detik-detik menakutkan apabila mendapati seorang lelaki sedang menjilat kemaluannya...

Air Pasang: Mangsa Dipindahkan...

SHAH ALAM - Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di...

Video: Awek Seksi Gaduh...

Sudahlah masing-masing berpakaian minima, terjerit-jerit pula bergaduh depan orang ramai.Akibatnya, kelakuan sekumpulan gadis...

3 Jenis Sukan Program...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga...

Terengganu Isytihar Ahad Ini Cuti Final Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan membenarkan cuti peristiwa pada 28 Okt itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor terutama keselamatan penyokong dan rakyat negeri Terengganu.

“Terengganu dalam sukan-sukan lain termasuk Sukan Malaysia (Sukma) dan bola sepak di peringkat lain menunjukkan kemajuan yang membanggakan dan kemuncaknya ialah Piala Malaysia.

“Oleh sebab itu kami mengambil keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada 28 Okt sama ada kalah atau menang sebagai motivasi kepada penyokong dan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengumuman awal itu juga bagi memudahkan semua pihak termasuk sekolah, agensi kerajaan dan pihak lain membuat perancangan atau perubahan tanpa mengganggu jadual mereka.

Ketika ditanya berhubung ganjaran atau insentif yang bakal diberikan kepada pasukan TFC I sekiranya berjaya membawa pulang Piala Malaysia kali ini, beliau berkata kerajaan negeri akan mengumumkan perkara itu selepas perlawanan tersebut.


“Insya-Allah akan ada khabar gembira untuk mereka (TFC I) jika berjaya, tetapi buat masa ini kita rahsiakan dulu. Apa bentuk ganjarannya pun kita akan umumkan selepas perlawanan,”kata Menteri Besar.

Kali terakhir Terengganu menjulang Piala Malaysia ialah pada 2001 selepas menewaskan pasukan Perak 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. – BERNAMA

Kategori