Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Minum Teh, Kopi Panas...

MENIKMATI minuman teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser oesophageal, dedah...

Bajet 2018: CIMB Harap...

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan bersepadu, CIMB, berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada...

RTM Kekal Relevan Sebagai...

SANDAKAN - Sebagai sebuah stesen penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal relevan...

KDN Siasat Dakwaan MYEG...

CYBERJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat MYEG Services...

Tentera AS Guna Forforus Putih Di Syria – Rusia

MOSCOW – Russia menuduh Amerika Syarikat melancarkan pengeboman menggunakan fosforus putih di timur Syria ke atas sasaran tentera di kawasan awam, yang diharamkan menurut undang-undang antarabangsa.

“Dua pesawat F-15 AS melancarkan pengeboman kelmarin mensasarkan wilayah Hajin di Deir Ezzor menggunakan fosforus.

“Serangan mencetuskan pertempuran sengit. Kami mengesahkan maklumat mengenai kemungkinan kematian dan kecederaan,” kata jurucakap tentera Russia, Jeneral Vladimir Savtchenko, dalam kenyataan.

Di Syria, militan Daesh masih menguasai sebahagian wilayah di Deir Ezzor antara Sungai Furat dan sempadan Iraq, serta kawasan di padang pasir Syria.

Tentera pakatan antarabangsa diketuai AS membantu pejuang Kurdis dan Arab dari Tentera Demokratik Syria yang melancarkan serangan mengusir Daesh.


Tentera Russia, yang campur tangan dalam konflik di Syria sejak 2015 membantu tentera Presiden Bashar al-Assad, Mac lalu dituduh Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) menggunakan bom menghasilkan api dalam serangan ke atas kubu kuat pemberontak di Timur Ghouta berhampiran Damsyik.

Moscow menafikan dakwaan itu sebagai ‘pembohongan memalukan’. — AFP/BH ONLINE

Kategori