Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

60 Tahun Itu Termasuk...

DAKWAAN kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah selama 60 tahun tidak dapat tidak...

SPRM Kesan 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi...

SPRM: 10 Anggota Polis,...

KOTA KINABALU – Sepuluh anggota polis dan seorang pesara polis direman tujuh hari...

Bukan Tahun Depan Kahwin’...

PELAKON Mira Filzah menafikan dakwaan bakal melangsungkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2020.Mira...

Tengkujuh Tak Jejas ‘Taman Ros’ Terengganu

KUALA BERANG – Belajar daripada pengalaman semasa musim tengkujuh di awal kewujudan Taman Zety Roses (TZR) kira-kira tujuh tahun lepas, pemiliknya Dr Sh Marzety Adibah Al-Sayed Mohamed bersyukur apabila musim hujan kini tidak lagi menjejaskan lebih 700 spesies bunga ros di tamannya itu.

Pensyarah Kaunseling dan Psikologi di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu (PPPSE UMT) itu berkata beliau pernah mengalami kerugian akibat tengkujuh kerana kekurangan ilmu berkaitan penjagaan ros yang sempurna ketika itu.

“Banyak ros yang rosak akibat takungan air terlalu banyak dalam pasu, namun ia memberi 1,001 hikmah kepada saya untuk terus membangunkan TZR yang diwujudkan di kediaman saya di Kampung Tanjung Aur di sini, dengan cara yang betul,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sh Marzety Adibah berkata apa yang paling penting adalah menguasai ilmu penjagaan bunga itu antaranya dengan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH), teknik pemangkasan, pembajaan, penyiraman dan pencahayaan sebelum, semasa dan selepas tengkujuh.

“Alhamdulillah, berkat teknik penjagaan yang betul, tengkujuh tidak lagi menjejaskan TZR,” katanya yang berkongsi tips penjagaan dan keistimewaan bunga ros bersama lebih 25,000 ‘Rosarian’ (peminat bunga ros) menerusi Fanpage rasmi ‘Taman Zety Roses’.

Ibu kepada lima anak itu berkata sejak bulan lepas, ramai peminat bunga ros mula bertanyakan pelbagai tips untuk berdepan musim tengkujuh kerana hujan terlalu lebat tidak bagus untuk tanaman ini.

Mengulas mengenai taman bunga ros yang digelar Cameron Highlands Terengganu oleh Rosarian kerana keindahannya ibarat taman ros di tanah tinggi itu, beliau berkata sejak kecil, menjadi impiannya untuk memiliki kediaman yang dikelilingi ribuan kuntum bunga ros persis di negara ‘mat salleh’.


“Alhamdulillah, impian saya tercapai dengan wujudnya TZR dan setakat ini, TZR adalah nurseri ros terbesar dalam negara untuk kategori tanah rendah,” katanya yang mesra disapa Dr Zety.

Beliau juga banyak memanfaatkan kepakarannya dalam bidang Terapi Seni Ekspresif untuk menjadikan bunga ros sebagai satu terapi berkesan kepada golongan memerlukan seperti mengurangkan tekanan dan kesakitan yang dialami kerana setiap bunga ros itu mempunyai haruman, warna dan pengaruh berbeza kepada manusia.

Memiliki lapan pekerja, Sh Marzety Adibah berkata selain menjual benih pokok bunga ros, beliau juga menghasilkan set lengkap penjagaan ros seperti baja dan adunan tanah hasil penyelidikannya sendiri untuk membantu peminat bunga ros memiliki bunga yang cantik dan kembang mekar di rumah mereka.

“Setiap hari Sabtu pula, saya tidak menang tangan apabila TZR diserbu lebih 200 peminat bunga ros dari seluruh negara yang mahu membeli bunga dengan harga diskaun,” katanya dan menambah pihaknya turut menyediakan khidmat jualan bunga ros menggunakan syarikat kurier ke seluruh negara. – BERNAMA

Kategori