Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muntah Ikan Paus Sebesar...

PARIS - Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di...

Mula Didik Nilai-Nilai Murni...

TOKYO – Didikan nilai-nilai moral yang baik perlu diberi perhatian di peringkat sekolah...

DAP Ulangi Gesaan Bukan...

KUALA LUMPUR - DAP terus melakukan provokasi perkauman dengan mengulangi gesaan supaya UMNO...

Polis Botakkan Mak Nyah...

PONDAN di Aceh, terutama yang bekerja di salun rambut ditangkap dan polis kemudian...

Tengku Razaleigh Positif COVID-19

GUA MUSANG – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, malam tadi. 

Beliau menerima keputusan ujian saringan COVID-19, beberapa jam sebelum itu dan terus dikejarkan ke PPUM untuk menerima rawatan, tetapi kesihatannya stabil.

Perkara itu disahkan seorang kerani di pejabatnya di kediaman pemimpin itu di Kuala Lumpur, ketika dihubungi petang ini.

Semalam, Pegawai Peribadi Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Turut disahkan positif COVID-19, pada 11 Januari lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff. 

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Asmawi Fikri Ab Ghani dan Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ruhaida Abdul Hamid juga positif COVID-19.


Semua mereka menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dan keadaan dilaporkan stabil. 

Berikutan itu, kaunter ujian saringan di buka di Dewan Pusat Sivik Gua Musang untuk mereka yang ada kontak rawatan dengan pemimpin itu melakukan saringan.

Kaunter rawatan itu dibuka tiga hari lalu dan mereka yang datang kerelaan sendiri melakukan saringan. – BH Online

Kategori