Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Pulangkan Buku Libari...

SEORANG wanita warga emas mengambil masa selama 67 tahun untuk memulangkan kembali sebuah...

Rakam Foto Cium Ular,...

CARI nahas... Seorang remaja di India maut akibat dipatuk ular tedung ketika cuba...

RM1.57 Juta Diagih Kepada...

ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengagihkan wang ihsan...

Bekas Anggota 4U2C Meninggal...

KUALA LUMPUR - Salah seorang bekas anggota kumpulan 4U2C iaitu One II atau...

Tengku Permaisuri Selangor Kesal Cara MPSJ Tangkap Anjing

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa kesal berhubung insiden anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas yang tular menerusi sebuah klip video dalam media sosial baru-baru ini.

Tengku Permaisuri Selangor yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS) turut kecewa dan sedih kerana kejadian kejam seumpamanya itu masih berlaku dalam masyarakat meskipun banyak kempen kesedaran telah dilaksanakan membabitkan haiwan terbiar.

“Saya amat kesal apabila diperlihatkan dengan satu klip video yang menunjukkan beberapa anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) cuba menangkap seekor anjing terbiar secara ganas.

“Di sini saya ingin menggesa agar pihak berwajib lebih peka dan berperikemanusiaan dalam menguruskan kes membabitkan haiwan terbiar di jalanan,” titah Baginda menerusi satu kenyataan dalam akaun Facebook Selangor Royal Office hari ini. 

Baginda turut difahamkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam serta Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han telah memohon maaf di atas tindakan kasar anggota MPSJ terbabit.

Dalam pada itu, Baginda berharap prosedur penangkapan haiwan jalanan yang ditetapkan seharusnya dipatuhi untuk memastikan kesejahteraan haiwan dan keselamatan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.


“Saya juga ingin menegaskan betapa pentingnya prosedur ini dijalankan dengan sebaik mungkin tanpa menyakiti atau mencederakan haiwan terbabit. Prosedur ini juga perlu diperkemas dan dilaksanakan sesuai dengan situasi tertentu.

“Buat kesekian kalinya saya mohon agar semua pihak, tidak kiralah kakitangan pihak berkuasa atau masyarakat secara amnya, supaya menyemai sifat belas kasihan terhadap haiwan terbiar yang memerlukan bantuan,” titah Baginda.

Tengku Permaisuri Selangor bertitah, semua pihak perlu mematuhi Akta Kebajikan Haiwan 2015 di mana memperuntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

Kategori