Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pencalonan GTA Di DUN...

PEKAN - Borang penamaan calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri...

Polis Bongkar Makmal Proses...

IPOH - Polis membongkar makmal memproses dadah yang berselindung di sebalik aktiviti penternakan...

PAS Pasir Puteh Pantau...

PASIR PUTEH - PAS Pasir Puteh sedang memantau pergerakan kumpulan penaja Gerakan Harapan...

Sangeeta Dilamar Produksi Kollywood

KUALA LUMPUR - Bintang Adiwiraku, Sangeetha Khrisnasamy, 32, dijangka akan 'berkampung' kira-kira sebulan...

Tengkorak, Tulang Milik Lelaki Ditemukan Di Batu Gajah

BATU GAJAH – Satu tengkorak dan beberapa tulang dipercayai milik seorang lelaki ditemukan dalam kawasan kebun getah di Kampung Changkat Belingkor dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata tengkorak dan tulang tersebut ditemukan berselerak dalam radius 15 meter oleh orang awam kira-kira pada 3.15 petang semalam sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

“Kita turut menemukan baju, kain dan tali pinggang disyaki milik mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Ahmad Adnan berkata pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat yang akan dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, esok.

Beliau turut meminta oang ramai yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh terdekat supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Batu Gajah di talian 05-3629222 bagi membantu siasatan.

Kategori