Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan...

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memang mempunyai...

Pesara Kerajaan Boleh Berperanan...

KOTA KINABALU - Pesara kerajaan boleh memainkan peranan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN)...

MyCC Mula Siasat Syarikat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah memulakan siasatan terhadap beberapa syarikat...

Rokok Seludup Bernilai RM115,425...

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai...

Tender Nafas: Salahuddin Mengaku Tulis Surat Sokongan Mahathir

GEORGE TOWN – Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengaku menulis surat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon tender RM1.4 bilion diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara rundingan terus.

Katanya, beliau hanya menjalankan tanggungjawab dengan menulis surat sokongan itu pada 7 November untuk membantu Nafas kerana tender tersebut belum dimuktamadkan lagi.

“Ya, saya tulis kepada PM kerana saya tulis itu adalah tanggungjawab saya dan itu adalah proses,” katanya melepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-125 Jabatan Perikanan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, perkara itu akan berbeza sekiranya proses tersebut telah dimuktamadkan dan Surat Sedia Terima (SST) telah dikeluarkan.

“Sekiranya SST telah dikeluarkan dan kalau saya langgar itu salah lah,” katanya.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat mendakwa tiga kontrak bernilai lebih RM1 bilion dibatalkan kerana Kementerian Pertanian dan Asas Tani mahu menganugerahkan projek kepada Nafas secara rundingan terus.

Menjelas lebih lanjut, Salahuddin menegaskan, bahawa proses itu telah dilaksanakan mengikut prosedur serta peraturan yang tetapkan dan tidak berlaku skandal seperti didakwa.

“Sebenarnya semua keputusan belum muktamad, selagi ia tidak dimuktamadkan oleh MOF (Kementerian Kewangan), ia adalah satu proses yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata, Nafas bukan seperti organisasi biasa tetapi merupakan agensi yang mengeluarkan dividen kepada para peladang dan menjaga kebajikan mereka.


Salahuddin turut meminta Ka Siong membuktikan tuduhannya itu kerana tiada bukti setakat ini bahawa pihaknya telah membatalkan mana-mana tender untuk memberi laluan kepada Nafas.

Beliau berkata, kelulusan tender juga bergantung kepada Kementerian Kewangan dan beliau tidak terlibat dalam proses tender.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan supaya tidak terperangkap dengan tanggapan bahawa beliau memberikan projek kepada kroni-kroni.

Salahuddin turut menolak tuduhan Ka Siong tentang apa yang dikatakan sebagai  ‘skandal RM1.4 bilion’ itu dengan menegaskan bahawa tiada wang yang masuk ke akaun peribadinya.

Dengan nada sini, beliau berkata, contoh skandal adalah seperti 1MDB di mana wang masuk ke ‘akaun saya’. ‘akaun isteri saya’, akaun timbalan saya’ dan akaun keluarganya.

Katanya, jika Nafas dianugerahkan projek tersebut, dana itu akan disalurkan terus kepada organisasi yang ditadbir oleh kementeriannya itu.

Salahuddin turut menafikan dakwaan Ka Siong wang daripada projek yang disalurkan kepada Nafas itu digunakan untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan meminta Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mengemukakan bukti. – MalaysiaGazette

Kategori