Tendang Wanita…Polis Ambil Serius

LELAKI yang menendang pekerja penghantar makanan wanita di Puchong, Selangor, kelmarin, akan dituduh di mahkamah selepas menerima arahan dari pihak pendakwa raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya merujuk kertas siasatan kes membabitkan suspek berusia 61 tahun kepada pihak pendakwa raya.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan.

“Susulan kejadian itu polis menerima dua laporan daripada mangsa berusia 24 tahun dan suspek. Laporan polis dibuat suspek masih dalam siasatan,” katanya tadi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Fadzil berkata, terdapat beberapa berita palsu disebarkan di media sosial termasuk tohmahan mengatakan pihak polis tidak menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Perlu diingatkan perbuatan ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan, seorang lelaki bertindak menendang penghantar makanan wanita hingga terjatuh dalam kejadian di Bandar Puteri Puchong.

Susulan kejadian itu, sekumpulan penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis berkenaan melakukan protes terhadap perbuatan lelaki terbabit.

Terdahulu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat memaparkan penghantar makanan wanita terbabit ditendang beberapa kali lelaki itu hingga terjatuh.

Selain video itu, turut tular di laman sosial adalah video lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan dipercayai dirakam penghantar makanan lain. – myMetro Online

Loading...