Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Cantik Manis Julang...

KUALA LUMPUR – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti...

Harga RON95, RON97 Naik...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dinaikkan sebanyak 10 sen...

‘Segalanya Wanita’ Pada MAHA...

SERDANG - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018)...

Jumlah Kes Sembuh COVID-19...

PUTRAJAYA - Bilangan kes sembuh harian sekali lagi mengatasi kes baharu apabila sebanyak...

Tempe Indonesia Makin Laris Di Amerika Syarikat

WASHINGTON DC – Sebuah kedai koperasi bernama French Broad Food yang terletak di bandar raya Asheville, North Carolina menjadi perhatian kerana menjual makanan khas Indonesia, tempe.

Menurut laporan stesen Voices of America (VOA), premis perniagaan itu sebenarnya menjual beli pelbagai produk organik dan makanan kesihatan, namun tempe didapati yang paling laris mendapat permintaan tinggi pelanggan.

Antara yang cukup popular ialah jenama Smiling Hara Tempeh kerana ia turut dijual secara mentah basah selain sudah dimasak kering serta diusahakan sepasang suami isteri warga tempatan, Chad Oliphant dan Sarah Yancey.

Mereka malah amat mahir dalam proses pembuatan tempe yang dipelajari di Microbiotic Institute di Massachusetts dan berbekalkan pengetahuan tersebut, pada 2009 lalu, pasangan ini mengusahakan produk tempe ala Indonesia.

Smiling Hara Tempeh yang bererti ‘perut bahagia’ dalam dialek tempatan, kini laris dijual ke serata restoran dan kedai runcit tidak hanya di Ashville, bahkan meliputi beberapa negeri di kawasan selatan Amerika Syarikat (AS).

Baca: Kerana Minat, Mat Salleh Buka Warung Tempe Di London

Tempe Indonesia Makin Laris Di Amerika Syarikat

“Saya sangat suka makan tempe, malah tempe merupakan produk yang sangat menonjol kerana ia memang langsung buatan sendiri dan amat jarang dapat dibeli di mana-mana pasar raya domestik,” kata Chad kepada VOA.

Kejayaan dalam memasarkan ribuan produk berasaskan tempe itu menjadi sebab pasangan berkenaan sanggup membuka perusahaan tempe di Ashville semata-mata minat untuk mengembangkan makanan eksotik tersebut.

“Walaupun harganya agak mahal sedikit kerana mereka perusahaan setempat dan operasi pun masih lagi skala kecil, tempe buatan mereka berdua sebenarnya sangat laku,” ujar Ryan Prenger iaitu pengurus French Broad Food.

Keadaan itu katanya, turut menyebabkan Chad dan isteri kemudian menghasilkan produk tempe terbaharu yang sudah diletakkan sedikit perisa tambahan dan ternyata ia menerima sambutan daripada pengguna di AS sendiri.


Selain tempe berbahan asas daripada kacang soya, Smiling Hara Tempeh juga menggunakan beberapa ramuan lain yang tidak lazim digunakan oleh perusahaan tempe di Indonesia, antaranya kacang merah dan kacang tanah.

Baca: Kampung Tempe Di Singapura Memang Pernah Wujud

Tempe Indonesia Makin Laris Di Amerika Syarikat

Ternyata, ramai pengguna dapat menerima tempe bukan berasaskan kacang soya dan Chad menaruh keyakinan rakyat AS semakin menggemari tempe kerana rasanya yang cukup enak dan berkhasiat untuk tubuh badan.

“Tempe ini memang sedap dikunyah waima teksturnya seperti rasa daging ayam dan paling penting lazat,” komen seorang pengkritik makanan, Judih McNamara, penduduk Ashville yang juga pelanggan di toko tersebut.

Perusahaan tempe itu kini menjadi tumpuan sara hidup bagi Chad dan keluarganya, namun lebih daripada itu, tempe juga sudah menjadi seumpama jendela untuk masyarakat AS mengenali Indonesia dengan lebih dekat.

Di AS, tempe sebenarnya memang masih ‘kalah’ dari segi populariti dibandingkan dengan tauhu tetapi Chad percaya makanan tradisional Indonesia tersebut ada masa depan cerah di pasaran negara Uncle Sam itu yang cukup besar.

Umumnya, tempe merupakan makanan asal masyarakat Jawa dan rekod sejarah mendedahkan ia sudah mula dibuat sejak abad ke-16 sebelum berkembang ke seluruh gugusan Nusantara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori