Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Azwan Kombos Akui Masih...

SIAPA yang dapat melupakan 'drama' putus cinta yang berlaku antara pelakon Azwan Kombos...

Pengsan Dikelar Berkali-Kali Sebelum...

Kuala Lumpur - Seorang lelaki bukan hanya disamun, malah turut dikelar penjenayah menggunakan...

Tiga Pelajar Maut Nahas...

MELAKA - Tiga pelajar maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki...

47 Sekolah Ada Pelajar...

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menyumbang RM5,000 masing-masing kepada 47 sekolah yang...

Tempat Sama, Tapi Calon BN Pula Difitnah

BONGKAR… Datuk Lokman Noor Adam membidas kenyataan Facebook Kelab Che Det dalam laman statusnya yang tuduh calon BN itu konon berkempen di sebuah surau di DUN Sungai Kandis.

Menurut beliau, tempat yang beliau ziarahi dalam rangka lawatan kempen itu bukanlah surau, tetapi sebaliknya sebuah pusat perlindungan dan pemulihan untuk mereka yang mempunyai ketagihan dadah dan masalah sosial.

“Tempat yang saya lawati itu ialah sebuah pusat perlindungan yang dinamakan Darul Solehin, dan saya bukanlah orang pertama yang berkunjung ke situ. Sebelum ini, pusat ini telah pun dikunjungi oleh Datin Seri Wan Azizah dan Ustaz Zawawi dalam rangka kempen mereka.

“Cuma bezanya ialah bila ustaz Zawawi dan Datin Seri Wan Azizah pergi ke tempat ini, status yang dimuat naik oleh facebook Kelab Che Det itu berbunyi, ‘Ustaz Zawawi berbincang dengan pengasas pusat pemulihan Darul Solehin’.

“Jadi bermakna, Kelab Che Det tahulah bahawa tempat yang saya lawati itu adalah pusat pemulihan dan bukannya surau,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar bertempat di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis di Shah Alam, Selangor.


Tambah Lokman, beliau turut mendapat maklumat dan gambar berhubung program kempen yang dijalankan oleh calon PKR di surau-surau dan masjid di kawasan DUN itu.

“Sebelum ini pun, memang saya ada gambar-gambar calon PKR, Ustaz Zawawi dan Datin Seri Wan Azizah berkempen di surau-surau di dalam DUN ini, tetapi saya tidak mahulah untuk mainkan isu ini kerana saya anggap ia isu kecil dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Tetapi malangnya, apabila kita buat program di pusat pemulihan itu, mereka menuduh saya berkempen di surau, sedangkan mereka sedia maklum bahawa tempat itu adalah pusat pemulihan dan bukannya surau,” bidasnya lagi.

Kategori