Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kemenangan PH Bukti Rakyat...

ALOR SETAR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemenangan besar Pakatan...

Angka Kematian COVID-19 Di...

BEIJING - Angka kematian akibat jangkitan coronavirus (COVID-19) mencecah 1,770 kes sehingga hari...

Warisan Tidak Boleh Larang...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Keluarga Mangsa MH17 Saman...

BERLIN - Keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine...

Tempahan Awal Tak Bermakna Terlepas SST

PEMBELI kereta yang mahu ambil kesempatan tempoh cuti cukai sebelum cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan, mungkin perlu bayar cukai tersebut jika kereta mereka diserahkan selepas 1 September.

Malah pengeluar kenderaan itu sendiri sebenarnya tidak dapat memenuhi permintaan dengan segera berikutan peningkatan dalam tempahan.

Senarai menunggu yang lama untuk kereta baharu akan menyaksikan penyerahan beberapa kerata hanya berlaku selepas SST diperkenalkan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata pelanggan yang mendapat manfaat adalah mereka yang boleh mendapatkan kenderaan baharu mereka didaftarkan dalam tempoh cuti cukai.

“Namun jika kenderaan diserahkan dan didaftarkan selepas 1 September, maka pembeli perlu membayar jumlah lebih tinggi untuk kenderaan tersebut kerana ada cukai SST.

“Dari segi penghasilan kenderaan, selalu ada tempoh empat bulan. Anda memerlukan vendor tempatan untuk menghasilkannya.


“Kami hanya tahu tentang GST diberi nilai sifar pada Mei dan tiada cara anda boleh meningkatkan atau meminta vendor untuk menghasilkan lebih banyak.

“Kami hanya boleh menjual apa yang ada dalam stok atau sudah dalam perancangan. Kami tidak boleh mendapatkan lebih daripada itu,” katanya pada taklimat media semalam.

Permintaan terhadap kenderaan meningkat berikutan penarafan sifar GST oleh kerajaan Pakatan Harapan. Ia bermula pada 1 Jun lalu.

Tempoh cuti cukai menyaksikan banyak syarikat automobil mengumumkan harga tanpa GST yang menurunkan harga kenderaan. – Mstar

Kategori