Tembakan Sekolah: 8 Pelajar Cedera, 2 Suspek Ditahan

DENVER – Sekurang-kurangnya lapan pelajar dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah Science, Technology, Engineering and Math (STEM) School in Highlands Ranch, Colorado semalam.

Menurut Pejabat Sherif Douglas County, Tony Spurlock menerusi Twitter, beberapa mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Dua suspek yang dipercayai pelajar sekolah kini sudah ditahan namun tidak menafikan terdapat penglibatan suspek ketiga.

“Suspek dipercayai telah melepaskan tembakan di dua lokasi di dalam kawasan sekolah tersebut yang menempatkan pra sekolah sehingga Gred 12,” katanya.

Tambah kenyataan itu, insiden tembakan itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.53 malam (waktu tempatan) dan kini pasukan SWAT giat menyiasat serta membersihkan sekolah tersebut. – K! ONLINE

Loading...