Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

11 Ditahan Disyaki Terlibat...

KOTA BAHARU - Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat...

Benarkan Batal HSR Tidak...

PEMBATALAN projek keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun...

15 Tapak Pembinaan Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan 15 tapak pembinaan...

Mahkamah Pakistan Tangguh Perbicaraan...

ISLAMABAD: Mahkamah tertinggi Pakistan hari ini menangguhkan perbicaraan kes mempertikaikan kesahihan tindakan Perdana...

Teman Lelaki Direman Kes Penemuan Mayat Remaja

JITRA – Seorang penganggur yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja perempuan di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang dekat sini pada Sabtu lalu direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 18 tahun dikeluarkan Majistret Mohd. Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Mohd. Shuhaimi Joohari di talian 019-3329342.

Semalam mayat remaja perempuan berusia 18 tahun yang disyaki dibunuh ditemui seorang pemancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.51 malam itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ainaa Dhabitah Sham disedari seorang pemancing apabila mata kailnya tersangkut pada pakaian mangsa.


Seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa berjaya ditahan polis pada Ahad lalu.

Berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai dan suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas.

Suspek bagaimanapun tidak meminta bantuan dan memaklumkan kepada orang ramai tentang mangsa yang disyaki lemas.

Kategori