Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dato’ Ida, Suami Jelajah...

KESIBUKAN tidak menghalang ahli perniagaan berjaya yang juga pemilik butik Bianco Mimosa, Dato’...

Imigresen Sarawak Tahan 40...

KUCHING - Jabatan Imigresen menahan 40 lelaki Indonesia yang disyaki berada dalam negara...

Cadangan Bina Loji Janakuasa...

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan loji janakuasa gabungan kitaran gas 300-megawatt (MW) di...

MAHB Peruntuk RM38j Tambah...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperuntukan RM38 juta bagi menambah...

Telur Di Malaysia Tidak Tercemar Racun Fipronil

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada telur dan produk hasilan telur dari Eropah, termasuk yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda, di dalam pasaran di negara ini.

Ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) di bawah KKM, Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah.

“Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beberapa negara termasuk Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland telah menarik balik berjuta-juta telur ayam daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama namun pengambilannya pada paras tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan simptom peluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan kesan kronik dan karsinogenik pengambilan fipronil kepadamanusia.

Dr. Noor Hisham berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk telur ayam yang mengandungi fipronil adalah melakukan kesalahan.


Pihak yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Beliau berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • telur

Kategori