Telekomunikasi Prabayar Kepada Rakyat Dikecualikan Cukai

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sudah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi kepada pelanggan…

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sudah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi kepada pelanggan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ini adalah perlu untuk mengatasi masalah syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi prabayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan.

“Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini,” menurut kenyataan itu. – BH ONLINE

Loading...