Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu Boleh Diatasi Dengan...

MEDAN - Unit Makmal Tanah Gambut Tropika yang berpangkalan di Sarawak, Malaysia bersedia...

Ambang Tahun Baru 2019:...

KUALA LUMPUR - Pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid KL akan...

RM780,000 Diserahkan Untuk Bebaskan...

Sejumlah wang sebanyak kira-kira 10 juta Peso (RM780,000) dikatakan telah diserahkan kepada Kumpulan...

Anggota Tentera Terharu Usung...

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meminta dari majikannya ditugaskan sebagai pengangkat...

Telefon Pintar Ini Cuma Dihantar Dengan Helikopter

BEIJING – Dengar sahaja nama Vertu, pasti ramai netizen akan segera terbayangkan pelbagai model telefon bimbit ‘super mewah’ apabila dijual pula dengan harga yang cukup tinggi melangit.

Begitu juga dengan penampilan Vertu Signature Cobra limited edition, telefon selular terbaharu keluaran firma British tersebut yang hanya dijual secara eksklusif menerusi platform atas talian e-dagang Jingdong Mall di China.

Harganya boleh dianggap sebagai luar biasa apabila dilaporkan media antarabangsa berjaya mencecah 2.47 juta yuan (kira-kira RM1.5 juta), lebih kurang sama dengan harga sebuah kereta super sport mewah keluaran Itali.

Lebih unik, harganya itu turut disebabkan gajet pintar ini dihiasi dengan sejumlah 439 batu permata jenis rubi yang disusun indah untuk membentuk seumpama corak ular melingkar di bingkai tepi telefon mudah alih tersebut.

Manakala kilauan tajam mata sang ‘ular’ yang berwarna kehijauan itu merupakan pembiasan cahaya semula jadi daripada dua butir zamrud. Namun, yang paling eksklusif ialah cara penghantaran gajet telekomunikasi ini.


Ia hanya dikirim terus ke tangan pembelinya dengan menggunakan penerbangan helikopter. Kaedah unik ini mungkin agar produk itu tidak hilang atau disamun di tengah jalan jika dihantar menerusi perkhidmatan kurier.

Bukan itu sahaja, edisi terhad model Vertu yang bertatahkan batu permata itu cuma dkeluarkan sebanyak lapan unit untuk pasaran global dan dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak 19.3 juta yuan (kira-kira RM12 juta).

Lucunya, ciri-ciri telefon tersebut bukanlah sehebat mana pun apabila sekadar memiliki aplikasi biasa Android atau iOS. Bahagian depannya terdiri skrin kecil dan deretan papan kekunci numerik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori