Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tangguh Konsert, Janet Jackson...

BINTANG pop sensasi dunia, Janet Jackson, 49, menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan dia sedang...

Tak Boleh Jalan Jauh,...

PENGARAH filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid menjelaskan dia kini masih menerima rawatan...

2 Warga China Maut...

MIRI – Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan...

PAS Alu-Alukan Amanah Bertanding...

KOTA BHARU - PAS hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding...

Telefon Android Termurah Mula Dihantar Kepada Pembeli

SYARIKAT pengeluar telefon di India, Ringing Bells, telah memulakan penghantaran telefon pintar android ‘termurah di dunia’ mereka selepas beberapa bulan sebelum ini dianggap sebagai scam (penipuan).

Kaitan: Telefon Pintar RM17 – Realiti Atau Penipuan?

Peranti android Freedom 251 yang berharga dalam lingkungan RM17 itu dilaporkan telah diekspot di beberapa negara dengan jumlah permulaan sebanyak 5,000 unit.

Syarikat yang diusahakan oleh bekas peniaga makanan kering, Mohit Goel, 29, itu mula mendapat tekanan selepas menerima 75 juta pesanan dan gerbang pembayaran onlinenya juga tidak dapat diakses berikutan terlalu ramai pengunjung.

Telefon Android Termurah Mula Dihantar Kepada Pembeli

Disebabkan itu, beberapa agensi India telah melakukan penyiasatan terhadap syarikat itu – termasuk pihak polis – kerana disyaki menipu. Syarikat itu kemudian membayar balik kesemua wang pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan.

Biarpun dengan ‘spec’ yang tidak terlalu teruk dengan harganya, telefon itu dipersoalkan dari segi kualiti kerana terlalu murah.


Goel berkata motivasinya dalam memulakan perniagaan telefon ini adalah untuk menghubungkan golongan-golongan miskin dan terpencil di India.

Goel berkata 65 peratus dari bahagian telefon itu dibuat di India manakala yang lainnya di China. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Engadget

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori