Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Kecewa Isteri Enggan...

SEORANG suami yang kecewa kerana isterinya enggan melayan tuntutan batinnya sejak sedekad lalu,...

Jangan Terpedaya Dengan Pakej...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan cuma 20 syarikat pelancongan tempatan...

Izin Rohingya Bekerja Ibarat...

KUALA LUMPUR - Bekerja mengerah kudrat di pelabuhan selama sembilan bulan tanpa gaji,...

Status Lelaki Ini Pasal...

"Dikau masuk dalam rumah dengan api yang sedang marak... Dikau dakap adikku dengan...

Teknologi Baharu Pertanian Mampu Lonjak Pendapatan

SERDANG – Kerajaan bercadang perluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi perkasa serta meningkatkan produktiviti industri pertanian, yang seterusnya mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberi sokongan daripada segi kewangan dan bantuan modal bagi tujuan itu.

“Kementerian melihat pertanian sebagai sektor penting yang telah menyumbang kepada ekonomi dan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia.

“Ini berikutan banyak produk tempatan berkualiti yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa lebih empat jam melawat tapak Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini, hari ini.

MAHA juga membuka ruang dan peluang kepada usahawan kecil dan sederhana serta penggiat industri untuk mempromosi dan meluaskan pasaran perniagaan.

MAHA 2018, ekspo pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 22 Nov sehingga esok dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’. – BERNAMA

Kategori