Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Obama, Clinton Paling Dikagumi...

WASHINGTON - Bekas Presiden Barack Obama dipilih sebagai lelaki paling dikagumi di Amerika...

BB Umumkan Peranti Terbaru...

FENOMENA peranti pintar BlackBerry pernah menjadi kemuncak pada 2008 di mana pada tahun...

Samsung Tech Academy Kini...

Samsung merupakan salah satu syarikat teknologi terkemuka di dunia dan terkini mereka bekerjasama...

Rafizi Tak Akan Kembali...

NAIB Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan yang beliau tidak akan kembali ke arena...

Tekad Banteras Judi Haram Dalam 30 Hari

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Datuk Mazlan Lazim bertekad mahu membersihkan segala bentuk kegiatan perjudian haram di ibu negara ini dalam tempoh 30 hari bermula semalam.

Mazlan berkata tempoh berkenaan diberi kepada setiap ketua polis daerah supaya mereka serius dan benar-benar fokus dalam menangani kegiatan perjudian di kawasan masing-masing.

“Bagi memastikan usaha ini berjaya, Polis KL telah menubuhkan pasukan khas yang akan diatur gerak bagi mengesan mereka yang terlibat dengan kegiatan perjudian haram ini.

“Pasukan ini dibekalkan dengan peralatan khas bagi mengesan mereka yang aktif dalam sindiket perjudian dalam talian terutama di lima kawasan iaitu Sentul, Cheras, Dang Wangi, Wangsa Maju serta Brickfields… saya yakin dengan peralatan khas ini mereka yang terlibat tidak akan dapat lari kerana setiap pergerakan mereka diawasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik yang baharu ACP Zulkefly Yahya di sini, hari ini.

Zulkefly menggantikan SAC Mohd Nadzri Hussain yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Skuad Taktikal Khas 3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Usaha itu kata Mazlan juga sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mahu memerangi judi dan jenayah bersindiket apabila memberi amaran untuk tidak teragak-agak menukarkan anggota polis termasuk ketua polis negeri yang cuba melindungi kegiatan judi.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata bagi tempoh 18 Okt hingga semalam, pihaknya telah melakukan 16 serbuan menerusi Ops Dadu yang menyaksikan 56 orang terdiri daripada penjaga premis judi, pembantu kedai, pemain dan penonton ditahan.

“Kita juga merampas beberapa peralatan elektronik yang digunakan sindiket antaranya ialah 44 set tablet, 32 set telefon dan empat komputer riba bersama wang tunai berjumlah RM8,178,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JUDI

Kategori