Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Melaka Kesan 264...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah mengesan 264 kesalahan dilakukan pengguna...

Polis Jamin Pantau Perogol...

PETALING JAYA - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan memantau perogol bersiri...

Durian Kebun Cikgu Wei...

KUALA NERUS - Tidak seperti di tempat lain, harga durian Musang King cecah...

Kastam Sarawak Sita 18...

KUCHING - Lapan belas kenderaan mewah pelbagai jenama disita kastam dalam operasi khas...

Tedung Selar ‘Cari Makan’ Di Dapur

KOTA BELUD – Seekor ular tedung selar berukuran 3.8 meter yang ‘ceroboh’ dapur rumah penduduk di Kampung Kulambai, di sini, berjaya ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, penghuni rumah, Masran Minjan, 33, dan keluarganya hanya menyedari kehadiran reptilia berbisa itu ketika hampir menyiapkan hidangan makan malam.

Menurutnya, semua pintu dan tingkap ditutup sejak petang manakala isteri dan anak perempuannya berada di dapur untuk menyediakan makan malam, namun ular itu muncul secara tiba-tiba dari timbunan kotak berhampiran tong gas.

“Anak saya yang pada mulanya ingin menjerit sempat ditarik ibunya sebelum menjauhkan diri dan memaklumkan kepada saya.

“Kami terpaksa menangguhkan makan malam sejam sementara menunggu ular itu ditangkap anggota APM yang tiba selepas dihubungi,” katanya kepada NSTP.


Sementara itu, pegawai APM Unit Kota Belud, Jimmy Alberto Tining, berkata sebaik menerima panggilan berhubung kejadian, sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

“Ular seberat empat kilogram itu ditemui di bahagian dapur pengadu dan ia bertindak agresif ketika operasi dijalankan, namun berjaya ditangkap lapan minit kemudian,” katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan jam 7.35 malam. – BH Online

Kategori