Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 2017...

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan...

13 Dirawat Selepas Makan...

MANILA - Seramai 13 orang menjalani rawatan selepas memakan daging anjing yang disahkan dijangkiti...

Wanita OKU Tak Boleh...

DASAR pentingkan diri sendiri. Seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat susah apabila...

Penulis Didakwa Hina Islam...

AMMAN - Seorang penulis, Nahed Hattar ditembak mati di luar sebuah mahkamah Jordan...

Tayangan FIFA 2018 Tak Libat Wang Kerajaan – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan projek Rundingan Terus (RT) tayangan Piala Dunia FIFA 2018 yang bernilai RM29.9 juta tidak melibatkan wang kerajaan, sebaliknya menggunakan hasil jualan iklan dan tajaan.

Justeru, Guan Eng berkata projek tersebut perlu digugurkan daripada senarai projek RT Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Rabu lepas.

“Sebaliknya kerajaan mendapat untung RM3.3 juta hasil iklan dan tajaan untuk siaran tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada sidang media di sini hari ini.

Pada Rabu, Kementerian Kewangan mendedahkan senarai 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara RT ketika pentadbiran PH, yang mana projek tayangan Piala Dunia FIFA 2018 turut tersenarai.

Susulan pendedahan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempersoalkan bayaran sebanyak RM29.9 juta kepada Sports Media & Distributor untuk hak menyiarkan siaran sukan tersebut secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada masa itu mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menanggung sebarang kos.


Guan Eng menjelaskan AirAsia dan Maxis membayar kepada RTM, dan RTM pula membayar kepada Sports Media & Distributor tanpa melibatkan satu sen wang kerajaan.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meminta Tengku Zafrul membetulkan perkara tersebut dengan mengeluarkan projek tayangan Piala Dunia FIFA daripada senarai berkenaan.

Semalam, dalam sidang media di Parlimen, Guan Eng menafikan projek RT PH bernilai RM6.61 bilion sebaliknya nilai kesemua projek RT sepanjang pemerintahan kerajaan PH ialah sebanyak RM352 juta. – BERNAMA

Kategori