Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Elak Bertembung Lofa, Fattah...

BENARKAH pelakon kacak Fattah Amin yang semakin mencipta nama menerusi drama popular "Hero...

Kursus Baharu Untuk Kolej...

TAMPIN - Kementerian Pendidikan sedang mengkaji beberapa kursus baharu untuk diperkenalkan pada peringkat...

Tisu Tandas Wajah Donald...

SUSULAN kenyataan anti Beijing yang dikeluarkan oleh calon presiden Donald Trump sebelum ini,...

Kumpulan Anti-Bersih Batalkan Perhimpunan...

KUMPULAN baju merah anti-Bersih membuat keputusan membatalkan bantahan mereka pada Sabtu Ini.Perkara itu dimaklumkan...

Tawarkan Moratorium 2.0 Tanpa Faedah Tambahan

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menggesa kerajaan memanfaatkan sepenuhnya kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk memastikan institusi perbankan dan kewangan negara menawarkan moratorium 2.0 tanpa caj atau faedah tambahan selama tiga bulan secara automatik.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut mencadangkan tujuh rasional dan justifikasi ekonomi kewajaran moratorium 2.0 berkenaan.

Menurutnya, perkara itu bertujuan meringankan beban rakyat sekali gus menjamin ketenangan dan kesihatan mental mereka sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pertama memastikan keupayaan tunai rakyat tidak terjejas akibat pelaksanaan ‘total lockdown’ sehingga menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk akibat penurunan drastik perbelanjaan isi rumah terutama pembiayaan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan utiliti.

“Ramai yang berhadapan dengan masalah tunai akibat simpanan yang merosot teruk berbanding PKP 1.0 dahulu,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, rasional dan justifikasi kedua ialah penangguhan bayaran ansuran pinjaman bank juga dapat mengelakkan muflis akibat kejatuhan teruk pendapatan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), golongan bekerja sendiri dan isi rumah yang tiada pendapatan tetap termasuk golongan M40.

“Ketiga, fenomena muflis dalam kalangan rakyat akibat pendapatan yang terjejas dan ketidakupayaan membayar ansuran pinjaman atau pembiayaan bank akan menyebabkan kerosakan teruk kepada ekonomi negara sekaligus memberi kesan langsung terhadap operasi dan tahap kestabilan institusi perbankan dan kewangan tempatan.

“Keempat, penawaran moratorium mampu menjamin kestabilan sistem kewangan sekaligus mengelakkan bank-bank berhadapan dengan fonomena ketidakupayaan pelanggan membayar balik hingga membawa kepada peningkatan kadar pinjaman tak berbayar,” katanya.


Asyraf berkata, bagi rasional dan justifikasi kelima ialah keupayaan institusi perbankan tempatan menyerap sebarang potensi kejutan pasaran masih berada pada tahap yang kukuh sebagaimana piawai antarabangsa dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Keenam, tahap kecairan bank tempatan juga berada dalam keadaan yang sihat berdasarkan laporan Tahap Liputan Kecairan BNM bagi sistem perbankan negara iaitu pada 145.1 peratus dan melebihi keperluan minimum 100 peratus walaupun melaksanakan moratorium 1.0 ketika PKP 1.0,” katanya.

Menurut Asyraf, rasional dan justifikasi ketujuh ialah pelaksanaan moratorium 1.0 yang terdahulu juga ternyata tidak menjejaskan keupayaan institusi perbankan menjana keuntungan.

“Bank-bank tempatan baru mengumumkan keuntungan selesa bagi Suku Pertama Tahun 2021 seperti Maybank (RM2.39 bilion), Public Bank (RM1.53 bilion), Hong Leong Bank (RM2.17 bilion), RHB Bank (RM650.39 juta), Bank Islam (RM202.46 juta) dan Affin Bank (RM68.94 juta),” katanya.

Menurutnya, di samping tujuh rasional dan justifikasi berkenaan, pihaknya menggesa kerajaan mengarahkan agensi pembiayaan dan kredit milik kerajaan yang memberi fokus kepada golongan B40 dan perusahaan mikro seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun Nasional (Tekun), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SME Bank melaksanakan moratorium kepada peserta program mereka. – Sinar Harian

Kategori