Tawaran Baharu Untuk Rakyat Malaysia

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap kementerian dan jabatan diarah mengemukakan cadangan mengenai perkara dan dasar pembangunan untuk manfaat rakyat dan kumpulan tertentu termasuk pelabur.

Perdana Menteri berkata, “Banyak perkara disentuh dalam mesyuarat hari ini, umpama kita kerajaan baharu dibentuk, rakyat dan mungkin pelabur asing luar negara (mahu tahu) apa dasar Perikatan Nasional yang dibentuk hari ini?

“Disebabkan kita tiada manifesto, terbentuk dalam keadaan luar biasa, kita putuskan setiap kementerian dan jabatan akan kemukakan cadangan, perkara yang akan dilaksanakan, akan memberi manfaat dan faedah sebenar.

“Apa terkandung dalam kerajaan hari ini, tawaran baharu untuk rakyat Malaysia, akan kita umumkan dalam tempoh seberapa segera, perkara yang akan kita berikan perhatian, tempoh setahun, penggal ini tamat, sebelum PRU akan datang,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan yang kerajaan yang dibentuk hari ini adalah untuk semua rakyat Malaysia dan datang daripada pelbagai kaum.

“Saya nak tegaskan begitu, kerajaan kita tak berikan keutamaan kepada kumpulan tertentu masyarakat, sebaliknya kerajaan ini mewakili semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak.

“Jemaah Menteri akan bekerja untuk semua rakyat Malaysia, kita akan berlaku adil pada semua masyarakat. Siapa yang perlu, dapatkan bantuan akan diberikan, sokongan diberikan oleh kerajaan, ini keyakinan kepada rakyat, kita di sini untuk dambakan diri kepada semua. anggap kita ini hamba kepada rakyat, kita akan bantu mana yang perlu,” katanya.

Loading...