Tawar Seks Kepada Polis, Wanita Didenda RM1,300

KUALA LUMPUR – Seorang wanita didenda RM1,300 atau dua bulan penjara oleh Mahkmah Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di depan sebuah hotel, semalam.

Majistet Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Fatin Nadira Abdullah, 21, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada K.Thiagarajan, dengan bayaran RM60 untuk sekali perkhidmatan.

Dia yang tidak bekerja itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kaki lima hadapan Hotel Excel Inn Jalan Petaling, di sini pada 4.20 petang 22 Mac lepas mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia tidak bersekolah dan tidak bekerja.

“Dia merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dia tak pernah pergi ke sekolah sebab faktor kewangan. Sehubungan itu, saya memohon hukuman denda dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman berbentuk pengajaran. – BERNAMA

Loading...