Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Positif Dadah...

JOHOR BAHARU - Dua lelaki tempatan ditahan kerana positif dadah dalam Op Bersepadu...

Mengundi Pembangkang Membuang Masa...

KOTA MARUDU - Pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus...

Tanah Adat Melaka Meningkat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka...

Gugur Status Agama: Itu...

MARANG - Pemuda PAS menyifatkan cadangan Senator Nga Hock Cheh daripada DAP agar...

Tasha Manshahar Sah Isteri Raqib Majid

PENYANYI dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama Raqib Majid selamat bergelar suami kepada penyanyi Tasha Manshahar pada pukul 9.50 pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Raqib dan Tasha berlangsung di Masjid Jamek Bandar Kajang, Selangor itu diadakan secara sederhana dan tertutup.

Raqib, 28, telah dinikahkan oleh bapa Tasha sendiri, iaitu Mohd. Manshahar dengan mas kahwin RM300 manakala jumlah wang hantaran adalah dirahsiakan.

Raqib turut menyerahkan sebentuk cincin dan seutas gelang kepada Tasha, 26, atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar.

Pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.


Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Royale Palace Shah Alam pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 22 September ini di The Mudzaffar Hotel, Melaka.

Raqib dan Tasha telah mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu setelah kira-kira dua tahun berkenalan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori