Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Fasa Peralihan Endemik Sehala,...

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin peralihan Malaysia ke Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan Perdana...

Pendapatan Lumayan Di Felda...

TANJUNG MALIM - Peneroka Felda mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM6,000 sebulan sekiranya...

74% Pelanggan Celcom Didominasi...

KUALA LUMPUR - Jumlah pelanggan Celcom Axiata Bhd dikuasai 74 peratus oleh pengguna...

Usaha Lahir Masyarakat Quranik...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha kerajaan melahirkan masyarakat...

Tarif Gas Lebih Tinggi Kepada Isi Rumah Mulai 15 Julai

KUALA LUMPUR – Gas Malaysia Bhd. menyemak semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia bagi tempoh dari 15 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019.

Pengedar gas asli itu berkata, kerajaan telah meluluskan semakan semula itu melalui surat yang diterima daripada Suruhanjaya Tenaga, hari ini.

Di bawah rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR), yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun bermula Januari 2017, perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme Kos Gas Untuk Dilepaskan (GCPT) akan dibenarkan setiap enam bulan.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Gas Malaysia berkata purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM32.74 per satu juta unit termal British (MMBtu) mulai 15 Julai hingga 31 Disember 2019.

“Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak RM1.92 per MMBtu akan dikenakan ke atas semua kategori tarif.

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM34.66 per MMBtu, kenaikan sebanyak 5.3 peratus daripada tarif efektif purata selepas surcaj,” katanya.

Pada masa ini, purata tarif asas ditetapkan pada RM32.69 per MMBtu.

Gas Malaysia berkata, walaupun semakan semula tarif itu tidak memberi impak yang ketara kepada operasi perniagaannya, ia dijangka menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Berikut adalah tarif efektif yang disemak semula selepas GCPT berdasarkan penggunaan tahunan:


– Pengguna kediaman akan membayar RM25.44 per MMBtu.

– Pelanggan bukan kediaman yang menggunakan sehingga 600 MMBtu setahun akan membayar kadar tarif sebanyak RM32.32 per MMBtu.

– Penggunaan antara 601-5,000 MMBtu: RM32.48 per MMBtu.

– Penggunaan antara 5,001-50,000 MMBtu: RM32.78 per MMBtu.

– Penggunaan antara 50,001-200,000 MMBtu: RM34.12 per MMBtu

– Penggunaan antara 200,001-750,000 MMBtu: RM34.12 per MMBtu.

– Penggunaan melebihi 750,000 MMBtu: RM35.20 per MMBtu.

Kategori