Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kipas Sebagai Makmum, Pelaku...

GEORGETOWN - Perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat jelas...

Wanita Bertudung Jual Nasi...

GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir,...

Nampak Desperate Sangat. Jika...

Adoi! PM dan Menteri Kewangan tak luluskan pinjaman-pinjaman bank.Ikuti Mynewshub: TelegramBank-bank ada jawatan-jawatan kuasa,...

Wanita Lahir 10 Bayi...

CAPE TOWN - Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa melahirkan 10 bayi kembar...

Tanya Zuraida Hadir Mesyuarat Atau Tidak – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Soalan perlu ditanyakan kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sama ada beliau hadir atau tidak dalam mesyuarat Biro Politik parti yang membuat keputusan berhubung pemilihan Port Dickson sebagai kawasan pilihan raya kecil (PRK) untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, biro tersebut kerap mengadakan mesyuarat setiap minggu pada hari Selasa pukul 8.30 malam, termasuk untuk memutuskan soal pemilihan Port Dickson sebagai Parlimen pilihan Anwar yang diumumkan semalam.

Katanya, Zuraida merupakan antara anggota Biro Politik PKR atas kapasitinya sebagai Ketua Wanita parti.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab adakah Zuraida hadir dalam mesyuarat yang diadakan, tetapi meminta soalan itu terus ditanyakan kepada Ketua Wanita parti berkenaan.

“Apakah proses itu turut dibincangkan dalam Biro Politik parti, jawapannya ya. Apakah perkara mengenai memilih satu kawasan untuk Anwar dibincangkan dan diputuskan dalam biro tersebut dibuat, jawapannya ya.


“Itu kena tanya mereka (sama ada Zuraida terlibat dalam mesyuarat yang diadakan),” katanya dalam sidang akhbar Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2018 di sini hari ini.

Zuraida semalam mengkritik tindakan sesetengah pemimpin PKR dilihat kerana tidak mengikut saluran yang betul dalam membuat keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson, untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Kategori