Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ceroboh Rumah Chris...

TERNYATA melaporkan kepada polis tidak mencukupi, penyanyi Chris Brown dikatakan telah memalukan seorang...

Malaysia Rakan Kongsi Realisasi...

KUALA LUMPUR – Afghanistan, yang mahu memperkukuhkan hubungan dengan Malaysia, melihat negara ini...

Dunia YB Bagi MP...

MENDEKATI  pengundi ialah dunia paling penting bagi seorang Yang Berhormat (YB). Tidak kira tinggi...

Wanita Didakwa, Rogol Pemandu...

GANASNYA…seorang wanita telah didakwa atas tuduhan rogol selepas dia melakukan serangan seksual ke...

Tangguh Bayaran PTPTN Ekonomi Negara Perlu Kukuh

TUMPUAN ke arah merealisasikan janji penangguhan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.

Lapor Sinar Harian, Dr. Maszlee Malik, berkata Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN sebaliknya memberi pelepasan pembayaran hanya bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.

“Kita akan melihat isu itu secara komprehensif dan holistik bagi merealisasikan janji tersebut. Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar (PTPTN). Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.

“Kita juga akan berhubung dengan pihak Imigresen untuk tamatkan sekatan peminjam ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas Mantan Menteri Pendidikan kepada Menteri Pendidikan, di Putrajaya, semalam.

Tambahnya, perkara itu akan menjadi antara fokus utama dalam jawatan kuasa khas diketuai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat ini.

Mazlee yakin peminjam sedia ada akan melunaskan pinjaman mereka dan tidak ada masalah bagi pihaknya mendapatkan modul pusingan PTPTN untuk disalurkan kepada pelajar baru.

“Sebelum ini, peminjam sedia ada tidak membayar disebabkan tekanan ekonomi dan keadaan ekonomi negara yang tidak berapa baik.

“Bila ekonomi pulih dengan komitmen Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pasukannya, saya yakin tiada alasan bagi peminjam sedia ada untuk tidak membayarnya,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bakal dimansuhkan dan bakal digantikan akta baharu yang mengambil kira isu-isu tadbir urus institusi pengajian tinggi.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi kini bergabung di bawah satu pentadbiran setelah dipisahkan pada 2015 apabila berlaku rombakan menteri Kabinet.

Bagaimanapun, janji yang melibatkan kos besar PTPTN pastinya memerlukan pengukuhan ekonomi negara.

Tambah pula isu yang melibatkan GST dan pemansuhan tol juga sememangnya menjadi persolan besar bagaimana kerajaan mahu mengukuhkan keewangan dan menanggung kos perbelanjaan negara.

Seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH), kerajaan memerlukan 100 hari bagi melunaskan apa yang telah dikotakan kepada rakyat walaupun dilihat agak sukar untuk dipenuhi kesemua janjinya itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori