Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Kes Ceramah Mat...

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan kepada 7 Mei kes ceramah Timbalan...

Suu Kyi Bertolak Ke...

YANGON - Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi telah memulakan perjalanan ke...

Kedah Mohon KUIN Dinaik...

ALOR SETAR - Bagi melahirkan sebuah institut pengajian tinggi Islam (ipt) pertama di...

Keadaan Pelumba Negara Zamri...

KUALA LUMPUR - Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah...

Tangani Pencerobohan Nelayan Asing Di Sabah

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong meminta pihak berkuasa maritim menggerakkan dan menempatkan aset mereka di kawasan perairan yang sering diceroboh nelayan asing di perairan Sabah bagi mengelak kepupusan sumber laut negeri ini.

Beliau berkata kehadiran bot nelayan Vietnam di perairan Sabah terutama di Kuala Penyu akhir-akhir ini amat membimbangkan para nelayan tempatan.

“Pencerobohan ini bukan saja membawa kemerosotan kepada hasil ikan tetapi juga merosakkan sumber alam seperti batu karang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya bagi tahun ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menahan lima bot nelayan Vietnam di perairan Sabah setakat ini dengan ada yang telah dijatuhkan hukuman dan ada yang masih dalam proses perbicaraan.

“Kita akan melupuskan bot-bot yang telah dirampas dan dilucut hak setelah penghukuman dilakukan dengan menenggelamkannya. Kita akan jadikan bot-bot ini sebagai tukun tiruan untuk ikan membiak.Kita juga mahu sampaikan amaran yang jelas kepada mereka yang melanggar undang-undang atau menceroboh,” katanya.

Pada masa sama beliau juga meminta agensi berkaitan meningkatkan penguatkuasaan terhadap bot-bot nelayan yang dilesenkan pukat rawai namun menggunakan pukat tunda.


Ini kerana katanya daripada 51 vesel laut dalam yang beroperasi secara sah di Sabah, hanya 11 dilesenkan untuk pukat tunda, tujuh pukat jerut dan 33 lagi menggunakan pukat rawai.

Kesemua 51 vesel ini diusahakan oleh 11 syarikat tempatan dan hanya dibenarkan beroperasi di dua zon iaitu Zon Pantai Barat dan Zon Tawau pada jarak 30 batu nautika ke atas dari pantai. – BERNAMA

Kategori